Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

APMM Selamatkan 3 Nelayan...

YAN - Tiga nelayan yang hanyut kira-kira lapan jam selepas bot pukat tunda...

PRU15: BN Mampu Rampas...

KANGAR : UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri mampu merampas kembali lima kerusi...

Pelakon Drama Pendek Didakwa...

KOTA BHARU - Pelakon drama pendek di YouTube didakwa di Mahkamah Majistret, di...

2 Sindiket Pengedaran Dadah...

KOTA BHARU - Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda (Methamphetamine)...

‘Berjimat Jangan Sampai Jejas Perkhidmatan Awam’

SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan langkah kerajaan melakukan penjimatan perbelanjaan awam adalah wajar tetapi jangan sampai menjejaskan sistem penyampaian perkhidmatan serta kebajikan penjawat awam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, Cuepacs pada dasarnya menyambut baik langkah penjimatan itu kerana ia contoh ‘kepimpinan melalui teladan’ ketika rakyat digalakkan untuk berjimat dalam perbelanjaan.

“Beberapa perkara perlu diteliti semula dalam melaksanakan potongan perbelanjaan kepada perkhidmatan awam terutama perkara yang boleh mengakibatkan ‘gangguan’ kepada sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan semua kementerian, jabatan, agensi, badan berkanun dan syarikat jaminan kerajaan (CLBG) diarah melakukan penjimatan dengan menguruskan aliran tunai mengikut keutamaan, berkuat kuasa serta-merta.


Adnan menegaskan, adalah tidak wajar jika kerajaan memotong perbelanjaan sehingga mengakibatkan sistem perkhidmatan awam terjejas.

Katanya, akhirnya perkhidmatan awam akan dihakimi oleh rakyat sebagai gagal kerana tidak mampu berkhidmat dengan baik.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori