Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Paderi Dicekup, Disyaki Amang...

Mangsa mendakwa dia diganggu amang seksual fizikal di dalam sebuah bilik di gereja...

MH370: Flaperon Tiba Di...

PARIS - Serpihan bangkai Boeing 777 yang terdampar di sebuah pulau kecil di...

Dua Pelancong Ditahan Bergambar...

LIMA - Dua orang pelancong warga Britain dan Perancis ditahan selepas bergambar bogel...

Doktor Kerajaan Boleh Cuti...

KUALA LUMPUR - Doktor kerajaan dibenar untuk ambil cuti tanpa rekod jika mereka...

China Bangunkan Aplikasi Nilai Kesetiaan Ahli Politik

BEIJING – Sekumpulan penyelidik membangunkan sebuah sistem menggunakan kepintaran buatan (AI) yang dikatakan boleh menilai tahap kesetiaan ahli Parti Komunis China, lapor portal berita MailOnline semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut wartawan akhbar Times di Beijing, Didi Tang, sistem tersebut dibangunkan oleh kumpulan penyelidik Pusat Sains Negara Komprehensif Hefei.

Ia boleh menganalisis ekspresi wajah dan gelombang otak ahli-ahli parti untuk menilai sejauh mana mereka menerima ‘pendidikan pemikiran’ Parti Komunis.

Menurut Didi, teknologi itu diperincikan dalam sebuah artikel yang dimuat naik di internet pada 1 Julai lalu, namun dipadamkan tidak lama selepas itu.

“Sistem ini boleh menilai bagaimana ahli-ahli parti menerima pemikiran dan pendidikan politik.


“Dalam masa sama, ia akan menyediakan data sebenar bagi pemikiran dan pendidikan politik agar ia boleh diperbaiki dan dipertingkatkan,” demikian menurut artikel tersebut.

Seramai 43 ahli Parti Komunis China yang juga merupakan sebahagian daripada pasukan penyelidikan tersebut kemudiannya mencuba teknologi itu.

Sebuah klip video yang juga dipadam dari internet, memaparkan seorang penyelidik memasuki sebuah kios, duduk di hadapan skrin dan membaca beberapa artikel yang mempromosikan polisi dan pencapaian Parti Komunis China.

“Kios itu boleh melihat ekspresi wajah penyelidik, berkemungkinan menerusi kamera keselamatan,” kata Didi.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori