Sebanyak 2,417 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,598,39.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 35,758, naik 28.9 peratus berbanding dengan 14 hari lalu.
Lembah Kelang terus mencatatkan kadar penularan yang tinggi dengan Selangor dan Kuala Lumpur terus menduduki tempat yang teratas.
Jumlah kes baru berdasarkan negeri adalah seperti berikut:
Selangor (884)
Kuala Lumpur (642)
Perak (166)
Sabah (164)
Negeri Sembilan (138)
Pulau Pinang (112)
Melaka (66)
Johor (59)
Kedah (41)
Putrajaya (37)
Sarawak (30)
Kelantan (28)
Pahang (28)
Terengganu (15)
Labuan (6)
Perlis (1)
Sebanyak lima lagi kematian dilaporkan semalam dengan 2 kes adalah ketika dibawa (BID) ke pusat kesihatan atau hospital.
Sejak minggu lalu, purata 4.6 kematian orang dilaporkan, sementara purata untuk 30 hari pula adalah sebanyak 3.5, yang menunjukkan trend peningkatan.
Sejak wabak itu melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 35,816 kematian akibat Covid-19 direkodkan.
Negeri-negeri yang mencatatkan kematian semalam adalah Pulau Pinang (2), Johor (1), Perak (1), dan Selangor (1) .
Sebanyak 1,164 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 48 daripada mereka sedang mendapat rawatan rapi.
-Malaysia Kini