Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hoki: Malaysia Tewas 1-3...

IPOH - Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 1-3 kepada pasukan...

Kejahatan AS Bukan Perkara...

IRAN pernah menyebut: AS adalah Paksi Kejahatan. Campurtangan AS dalam konflik dunia bukan isu...

Sazzy Falak Bantu Projek...

PELAKON dan pereka fesyen, Sazzy Falak atau nama sebenarnya Sazlini Shamsul Falak, 35, memberitahu...

PBB Gesa Israel, Palestin...

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Israel dan...

COVID-19 | 2,536 Lagi Kes Baru, Korban Bertambah 5

Sebanyak 2,536 lagi kes baru Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak tersebut setakat semalam sebanyak 4,573,891.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 29,793, meningkat 14.8 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:

Selangor: 1,070

WP Kuala Lumpur: 538

Perak: 239

Pulau Pinang: 140

Sabah: 139

Negeri Sembilan: 103

Melaka: 66

Johor: 64

WP Putrajaya: 59

Sarawak: 30


Pahang: 27

Kedah: 26

Terengganu: 17

Kelantan: 8

Perlis: 5

WP Labuan: 5

Sementara itu sebanyak lima kematian baru dilaporkan namun semuanya tidak melibatkan kes mati ketika dibawa (BID).

Johor dan Terengganu masing-masing mencatat dua kematian manakala satu lagi korban meninggal dunia di Sarawak.

Sejak minggu lepas, purata 4.3 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 3.2, yang menunjukkan trend menaik.

Sebanyak 11 dilaporkan menjadi korban akibat Covid-19 bulan ini. Sementara itu terdapat 89 laporan kematian direkodkan pada bulan lalu dan 129 lagi pada Mei.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,776 kematian akibat Covid-19 sudah direkodkan.

Sementara itu sebanyak 1,221 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital. Berbanding kelmarin, jumlah pesakit yang dirawak di unit rawatan rapi bertambah dua orang menjadi 45.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori