Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kenyataan Media Pemansuhan GST...

GEORGE TOWN - Kementerian Kewangan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung pemansuhan...

Zul Ariffin Dedah Cerita...

SEBELUM ini pernah terdengar cerita mengatakan aktor kacak Zul Ariffin semakin sombong dan...

SRC: Najib Diperintah Bela...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, diarah membela diri...

DUN Sabah Tolak Usul...

KOTA KINABALU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menolak usul yang dikemukakan Ketua...

Covid-19: 3,080 Kes Baharu, 10 Kematian Direkod

SHAH ALAM – Jangkitan harian Covid-19 merekodkan 3,080 kes baharu dan 10 kematian pada Isnin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, ia membabitkan 3,079 kes penularan tempatan dan satu kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 meningkat kepada 4,588,222 kes dan 35,862 kematian.

Sehingga tengah malam Isnin, sebanyak 42,185 kes aktif Covid-19 dilaporkan termasuk 57 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 37 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.


Sebanyak 40,622 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 34 kes atau 0.1 peratus dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,472 orang atau 4.1 peratus dirawat di hospital.

Seramai 3,399 pesakit dilaporkan sudah sembuh.

Tiada kluster baharu direkodkan pada Isnin menjadikan keseluruhannya kekal 7,026 kluster, dengan 11 daripadanya masih aktif.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori