Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 3,934 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Turut dilaporkan ialah jumlah kematian Covid-19 yang tertinggi dalam tempoh lebih sebulan.
Kes aktif kini berjumlah 36,894, meningkat 25.4 peratus berbanding 14 hari lalu.
Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:
Selangor (1,321)
Kuala Lumpur (1,260)
Sabah (241)
Perak (207)
Negeri Sembilan (174)
Pulau Pinang (161)
Putrajaya (111)
Melaka (110)
Kedah (79)
Pahang (72)
Sarawak (56)
Johor (51)
Terengganu (33)
Kelantan (29)
Labuan (15)
Perlis (14)
Sembilan lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, di mana dua daripadanya adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).
Kes kematian dilaporkan di Melaka (2), Perak (2), Selangor (2), Johor (1), Pahang (1) dan Pulau Pinang (1).
Sepanjang minggu lalu, purata 5 orang meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata 4 orang meninggal dunnia bagi 30 hari lalu, sekali gus menunjukkan peningkatan.
Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 35,828 kematian akibat Covid-19 direkodkan.
Sebanyak 63 kematian Covid-19 dilaporkan setakat bulan ini, berbanding 89 kematian yang dilaporkan bulan lepas.
Sebanyak 1,268 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital dengan 53 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
Jumlah kemasukan tertinggi semalam dicatatkan di Johor (118) diikuti Selangor (118) dan Sabah (70).
-Malaysia Kini