Kes Covid-19 di negara ini kini berjumlah 4,648,931 dengan adanya 4,816 lagi pertambahan dicatatkan Kementerian Kesihatan Malaysia setakat semalam.
Ikuti Mynewshub:Â Telegram
Jumlah kes aktif di seluruh negara pula menjadi 49,547, iaitu menngkat 38.2 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.
Berikut adalah kes-kes baru mengikut negeri:
Selangor: 2,249
Kuala Lumpur: 1,031
Perak: 324
Sabah: 243
Negeri Sembilan: 214
Pulau Pinang: 186
Melaka: 117
Kedah: 115
Johor: 85
Putrajaya: 65
Pahang: 56
Sarawak: 53
Kelantan: 32
Terengganu: 19
Labuan: 1
Perlis: 9
Sementara itu Sebanyak sembilan lagi kematian dilaporkan semalam termasuk satu daripadanya membabitkan BID (meninggal sebelum sempat dirawat di kemudahan kesihatan).
Kedah dan Perak masing-masing mencatatkan tiga kematian, diikuti satu bagi Melaka, Sarawak, dan Selangor.
Sejak minggu lalu purata 9.0 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 5.6.
Sejak pandemik melanda negara ini pada Mac 2020, sebanyak 35,911 kematian akibat Covid-19 direkodkan.
Dalam perkembangan sama Seramai 1,535 pesakit Covid-19 yang sedang menerima rawatan di hospital dengan 49 sedang mendapat rawatan rapi.
-Malaysia Kini