Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pengurus MRCB Menang Vento...

PUTRAJAYA – Tuah menyebelahi Pengurus Pembangunan Perniagaan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) Zain...

Wanita Dipercayai Cekik Anak...

JOHOR BAHRU - Seorang wanita dipercayai mencekik anak perempuannya sehingga mati sebelum bertindak...

Aplikasi WeChat Antara Medium...

KUALA LUMPUR - Aplikasi 'WeChat' antara aplikasi sosial yang paling kerap digunakan oleh...

Sultan Nazrin, Tuanku Zara...

KUALA KANGSAR - Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim...

Covid-19: New Zealand Tawar Pelitup Muka, Kit Ujian Saringan Percuma

WELLINGTON: Kerajaan New Zealand mengumumkan akan menawarkan pelitup muka dan kit ujian saringan pantas Covid-19 secara percuma.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lapor Al Jazeera, langkah itu bagi meningkatkan usaha untuk menangani gelombang baharu wabak Covid-19 dan lonjakan kes influenza yang memberi tekanan terhadap sistem penjagaan kesihatan negara.

Menurut Menteri Tindak Balas Pandemik Covid-19, Dr. Ayesha Verrall, peningkatan ketara dalam kes influenza sejak dua minggu lalu dengan kebanyakan kes membabitkan individu berusia 65 tahun dan ke atas.

Ini bermakna lebih ramai orang dimasukkan ke hospital.

“Tidak dapat dinafikan peningkatan kes Covid-19, kemasukan ke hospital, musim influenza, ketidakhadiran kakitangan telah meletakkan pekerja kesihatan dan seluruh sistem kesihatan di bawah tekanan.

“Maklumat menunjukkan kita berada di permulaan gelombang kedua Omicron yang mungkin lebih teruk berbanding pertama, dengan varian BA.5 menjadi dominan dalam masyarakat,” katanya.


Hampir 70,000 rakyat di seluruh New Zealand ketika ini dijangkiti Covid-19 dan 765 pesakit kini dimasukkan di hospital dengan virus itu.

Verrall berkata, kerajaan akan mengagihkan pelitup muka dan kit ujian saringan Covid-19 pantas secara percuma bagi membantu menangani penularan jangkitan virus itu.

Malah, katanya, pihaknya juga akan meluaskan akses kepada ubat antivirus bagi individu yang paling berisiko dijangkiti virus itu.

“Kami juga akan meningkatkan kempen vaksinasi dos penggalak kedua dan menggalakkan orang ramai mendapatkan vaksin selesema,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori