Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Saudi Tak Puas Hati...

KUALA LUMPUR - Dr. Mahathir Mohamad menghadapi tekanan Arab Saudi kerana menganjurkan persidangan...

Richard Huckle Mahu Kahwin...

KES seorang pembantu pengajar English bernama Richard Huckle, 30, yang didakwa merogol kanak-kanak...

Janet Jackson Hamil Pada...

LOS ANGELES - Penyanyi, Janet Jackson dikhabarkan hamil trimester kedua hanya beberapa minggu...

PLKN 2.0 Beri Peluang...

BATU PAHAT - Program Latihan Khidmat Negara 2.0 (PLKN 2.0) yang bermula Januari...

Cuci Perut Lembu Korban, Jumpa Mayat Reput

TUMPAT : Penduduk di Kampung Lubuk Kawah, Pulau Teluk Rejuna, Palekbang, di sini, yang sedang mencuci perut lembu korban di kawasan sungai tersebut dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mayat yang keseluruhannya mula mereput itu ditemukan pada pukul 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, hasil pemeriksaan polis ke atas mayat berkenaan tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri.

“Hasil bedah siasat mendapati mayat lelaki itu sudah reput dan ada bahagian badan mangsa dimakan haiwan selain sudah meninggal dunia dalam tempoh 36 jam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Amran memberitahu, punca kematian mangsa belum dapat dikenal pasti kerana keadaan mayat sudah reput.

Katanya, selain itu Ibu pejabat Polis Daerah Tumpat juga tidak menerima sebarang laporan orang hilang dalam tempoh terdekat.


“Sampel yang diterima dari hospital akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis,” ujarnya.

Sementara itu, seorang penduduk Pulau Teluk Rejuna yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah,50, ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, penemuan mayat mangsa disedari oleh seorang penduduk kampung ketika membasuh bahagian perut lembu korban pagi semalam.

Menurut wanita itu, penduduk berkenaan melihat satu objek terapung di tepi sungai berkenaan sebelum menghubungi rakannya.

“Ketika itu, penduduk sedang sibuk menjalani ibadah korban yang dilakukan tidak jauh dari sungai tersebut. Selepas mendapati objek yang ditemukan itu adalah mayat manusia, salah seorang penduduk terus menghubungi polis,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori