Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tasha Shilla Sah Milik...

PELAKON Tasha Shilla, 33, sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya yang juga pakar...

Video: Ini Yang Dikatakan...

MALANG sememangnya datang tanpa diduga, tidak berupaya untuk ditolak dan kadangkala ia mungkin hadir bersama...

Mayat Jamal Khashoggi ‘Dilarutkan’

ANKARA – Mayat wartawan, Jamal Khashoggi ‘dilarutkan’ selepas dia dibunuh dan dikerat-­kerat di...

Korea Selatan Izin Zina,...

SEOUL - Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan pada Khamis memutuskan rakyat negara itu bebas...

Dua Anggota Tentera Maut Dihempap Pokok Ketika Operasi

GERIK – Dua anggota tentera maut dihempap pokok tumbang ketika menjalankan operasi di kawasan pedalaman Hutan Belum di sini semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian sekitar pukul 1 pagi itu, Sarjan Mohd. Kamal Ramli, 41, dan Koperal Muhammad Zaki Johari, 31, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, laporan berkaitan kejadian itu diterima pada pukul 11.50 pagi membabitkan dua anggota tentera dari Batalion Kedua, Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sungai Ara, Pulau Pinang.

Katanya, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang menyertai operasi di kawasan Hutan Belum.


“Mayat kedua-dua mangsa telah dikeluarkan dari kawasan operasi itu dengan menggunakan helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk dibawa ke Batalion Kedua sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi tujuan bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori