Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lenovo Sisley S90 Persis...

Lenovo telah memperkenalkan sebuah peranti baru yang hadir dengan rekaan lebih kurang menyerupai...

Ibu Hamil Dibunuh Kumpulan...

SEORANG ibu yang sedang mengandung telah dibunuh oleh kumpulan pemuja syaitan. Fernanda Pereyra,...

5 Pemimpin Srikandi PPBM...

ALOR SETAR - Pergolakan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semakin parah apabila...

PAS Tak Gentar DAP...

KOTA BHARU - PAS tidak gentar sekiranya DAP meletakkan calon mereka bertanding bagi...

Dua Pegawai Kontinjen Negara Positif COVID-19

BIRMINGHAM: Dua pegawai kontinjen Malaysia disahkan positif COVID-19 dan sedang menjalani proses kuarantin, kata Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel 2022, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Namun beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.

“Dua pegawai kontinjen negara masih menjalani kuarantin kerana positif COVID-19. Kita akan lepaskan mereka bila tahap positif mereka berkurangan.

“Namun secara keseluruhannya semua dalam keadaan baik,” katanya di sini, hari ini.

Mengenai kedudukan atlet negara, Shahrul berkata sejumlah mereka sudah berada di sini, sekurang-kurangnya seminggu lebih awal untuk menyesuaikan diri dengan cuaca dan venue pertandingan selain keadaan mereka juga semua baik.


Mengenai pakaian rasmi kontinjen negara pada perasmian Sukan Komanwel esok, Shahrul belum sedia berkongsi mengenainya.

“Pakaian kontinjen ngara untuk acara pembukaan masih embargo,” katanya dalam nada berseloroh.

Perasmian Sukan Komanwel 2022 dijadual diadakan di Stadium Alexander, di sini, jam 7 malam esok atau awal pagi Jumaat waktu Malaysia.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori