BRUSSELS: Ketua Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) berkata EU sedang menyediakan satu pelan mengenai krisis tenaga dan ia dijangka diumumkan pada pertengahan Julai, lapor Agensi Anadolu.
Ikuti Mynewshub: Telegram
“Harga tenaga semakin tinggi. Orang ramai mengharapkan kami melakukan sesuatu mengenainya,” kata Ketua Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen dalam sidang media.
Beliau berkata EU juga sedang berusaha untuk mencari jalan beralih daripada minyak dan gas asli Rusia kepada pembekal lain, mengurangkan permintaan melalui penjimatan dan kecekapan tenaga serta akhirnya bertukar kepada tenaga boleh diperbaharu.
“Suruhanjaya itu sedang mengusahakan pelan kecemasan untuk menangani kemungkinan kekurangan gas jika Russia memutuskan untuk menangguhkan penghantarannya,” katanya.
Bernama-