Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rosliza Gagal Perisytiharan Dirinya...

PUTRAJAYA - Seorang wanita yang mendakwa dilahirkan sebagai anak tak sah taraf kepada...

Tiada Kes Coronavirus Di...

KUALA LUMPUR - Tiada kes membabitkan coronavirus baharu dilaporkan di negara ini, namun...

Pegawai Polis Wanita Buat...

Kuala Lumpur : Pegawai polis wanita yang mencemuh dan menghina anggota polis pangkat...

Isu Peralihan Kuasa PM...

PONTIAN - Isu peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan...

EU Syor Dos Penggalak Kedua Untuk 60 Tahun Ke Atas

BRUSSELS: Agensi kesihatan Kesatuan Eropah (EU) akan mencadangkan suntikan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 untuk semua individu berusia 60 tahun ke atas.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pesuruhjaya kesihatan EU, Stella Kyriakides berkata, ia mengambil kira lonjakan kes baharu dan kemasukan ke hospital di seluruh Eropah.

“Hari ini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDC) dan Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) akan mengesyorkan dos penggalak tambahan untuk melindungi mereka yang paling berisiko,” katanya melalui satu kenyataan.

Kedua-dua agensi terbabit dijangka mengeluarkan kenyataan bersama hari ini.

Kyriakides berkata, adalah penting bagi setiap individu yang berusia 60 tahun ke atas dan semua golongan rentan untuk tampil mendapatkan dos penggalak kedua secepat mungkin.

Sejak April lalu, agensi kesihatan EU mengesyorkan dos penggalak kedua hanya untuk mereka yang berusia lebih 80 tahun dan golongan rentan.


Cadangan baharu yang akan dikemukakan itu dijangka memudahkan keputusan negara untuk mempercepatkan kempen vaksinasi, yang semakin hambar sehingga hampir terhenti sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

“Kami perlu bertindak sekarang untuk meningkatkan perlindungan warga yang berisiko sepanjang musim panas,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, vaksin yang kini tersedia untuk dos penggalak seperti Pfizer dan Moderna, adalah sangat berkesan dalam mengurangkan kes COVID-19 yang teruk.

Bagaimanapun, masih belum diketahui sejauh mana keberkesanannya dalam mencegah jangkitan daripada subvarian Omicron terbaharu.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori