Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

“Jika Adib Ditarik Keluar,...

SHAH ALAM - Saksi ke-24 inkues prosiding kematian Muhammad Adib Mohd Kassim menolak...

Kereta Mewah, Kelab Mewah

KUALA LUMPUR - Teka-teki mengenai masa depan pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh akhirnya...

Pengsan Dikelar Berkali-Kali Sebelum...

Kuala Lumpur - Seorang lelaki bukan hanya disamun, malah turut dikelar penjenayah menggunakan...

RCI Siasat Peristiwa Memali...

ALOR SETAR – Cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat peristiwa Memali...

Gelombang Haba Landa Dari Timur Ke Barat China

BEIJING: China diramal berdepan gelombang haba dari timur ke barat dalam tempoh 10 hari akan datang, dengan beberapa bandar di kawasan pantai mengeluarkan amaran tertinggi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pada masa sama, bandar di kawasan pesisir pantai di negara itu sudah pun mengeluarkan amaran suhu melampau, meningkatkan risiko kegagalan empangan berikutan tahap cair glasier kini bertambah pantas.

Lonjakan suhu dijangka berlaku esok, juga ditakrifkan sebagai ‘panas besar’ mengikut takwim China, sebelum bertukar menjadi gelombang haba yabng disifatkan sebagai fenomena suhu panas luar biasa selama tiga hari atau lebih.

Ketua kaji cuaca di Pusat Meteorologi Nasional China, Fu Jiaolan, berkata suhu tinggi itu dijangka hampir sama seperti gelombang haba antara 5 hingga 17 Julai lalu, namun lebih banyak wilayah diramal merekodkan suhu setinggi 40 darjah Celsius atau lebih.

Beberapa bandar di wilayah Zhejiang yang menempatkan banyak kilang dan pengeksport, mengeluarkan amaran merah hari ini, dan meramalkan suhu sekurang-kurangnya 40 darjah Celsius dalam tempoh 24 jam akan datang.


Kementerian Pengurusan Kecemasan hari ini memaklumkan, beban ditanggung grid kuasa berisiko mencapai tahap tertinggi berikutan peningkatan penggunaan penyaman udara di rumah, pejabat dan kilang, dengan operasi menyelamat berdepan ‘ujian kritikal’.

Presiden pengeluar produk kimia Sika China, Leo Zhang, pula memaklumkan pihaknya mengambil inisiatif bagi memastikan keadaan di tempat kerja lebih selesa, contohnya memberi ais krim pada pekerja apabila suhu terlalu panas.

Zhejiang serta beberapa bahagian Fujian, Guangdong, Hunan, Jiangxi dan bandar Chongqing, pula berisiko mengalami kebakaran hutan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu di Xinjiang, Pentadbiran Meteorologi China memberi amaran pencairan glasier menjelang 29 Julai ini mencetus risiko kegagalan empangan di Sungai Aksu berhampiran sempadan China dan Kyrgyzstan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori