Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Bekas Presiden JCorp Didakwa...

JOHOR BAHRU : Bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Datuk Kamaruzzaman...

Baju Mandi Daripada Beg...

KALAU dilihat trend yang pelik di kalangan anak muda di Taiwan atau sekutunya...

Demi Bela Kekasih, Faye...

SEJAK semalam, kemelut perceraian penyanyi Elly Mazlein dan bekas suaminya, Azmi Hatta menjadi gosip...

Ahli Parlimen PN Ubah...

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bachok dari Perikatan Nasional, Syahir Sulaiman membuat pusingan U...

Graduan Kelas Pertama Tak Perlu Bayar Balik Pinjaman PTPTN – PM

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengembalikan keistimewaan pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada graduan yang menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keistimewaan itu akan diberi kepada graduan yang menamatkan pengajian bermula 2019, tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.
Katanya, ia sebagai dorongan untuk golongan berkenaan belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan kelulusan terbaik dalam pengajian.
“Saya berharap PTPTN dapat berbincang dengan Kementerian Kewangan berkenaan perkara ini dari segi peruntukan yang terlibat.
“Ini sebagai dorongan kepada anak-anak Keluarga Malaysia untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka,” katanya dalam ucapan perasmian Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN, di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohamad Alamin serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori