Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pemalsuan Cop Sempadan, 23...

PUTRAJAYA - Seramai 23 individu termasuk anggota penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan hari...

Selangor Tolak Cadangan Bonus...

SHAH ALAM - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor hari ini menolak cadangan...

PIP Dijangka Tingkatkan Pembangunan...

BEIJING - Aktiviti perdagangan di Padang Besar antara Malaysia dan selatan Thai akan...

“Saya Bagai Mati Hidup...

PENDANG - Detik hitam apabila pengsan di dalam kereta dan akhirnya koma selama...

Harga Minyak Masak Botol Dijangka Turun 5 Hingga 10 Peratus

KOTA BHARU – Harga runcit minyak masak botol dijangka turun dalam tempoh dua minggu lagi selepas penetapan harga yang lebih rendah itu dicapai menerusi mesyuarat siri kedua Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi pada Selasa lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihak pengilang secara dasar membayangkan harga minyak masak akan turun secara berperingkat iaitu di antara lima hingga sepuluh peratus dalam tempoh dua bulan.

Menurutnya, bagaimanapun, beliau mencadangkan tempoh berkenaan perlu dipendekkan selain bersetuju harga minyak masak dipaparkan secara mingguan.

“Pihak pengilang mahu menurunkan harga dalam tempoh dua bulan, namun saya mengesyorkan ia perlu diturunkan segera dan tidak boleh tunggu selama tempoh itu.

“Saya jangkakan harga minyak akan turun dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat dijalankan baru-baru ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan harga di Pasar Ketereh di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, sekiranya harga minyak tidak turun, mereka yang terlibat perlu memberi penjelasan.

“Saya mahu pihak industri ada rasa tanggungjawab dan jangan biarkan kerajaan terkial-kial dengan masalah ini kerana akhirnya syarikat juga yang menentukannya.

“Dalam masa sama saya mengucapkan terima kasih kepada persatuan pengeluar minyak yang bersetuju untuk menyegerakan penurunan harga minyak masak,” katanya.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori