Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Siti Nurhaliza Terima Kunjungan...

KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menerima kunjungan...

Ini Biodata Isteri Sultan...

TAHNIAH kami ucapkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang telah...

Penganjur ‘White Party Bangkok’...

PIHAK berkuasa digesa mengambil tindakan keras terhadap penganjur pesta tarian gay besar-besaran, White...

Bekas Exco Beri Keterangan...

GEORGE TOWN - Bekas exco Selangor, Ean Yong Hian Wah memberi keterangan selama...

Harga Runcit Petrol RON97 RM4.65, Turun 10 Sen

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen kepada paras RM4.55 seliter berbanding RM4.65 seliter bagi tempoh bermula esok sehingga 3 Ogos ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Menurut kementerian itu, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.


Sungguhpun begitu, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan.

Harga runcit mengikut formula APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan.

“Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori