Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

LHDN Beri Penangguhan Bayaran...

KUALA LUMPUR : Atas dasar prihatin, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi penangguhan...

SMTrack Terajui Konsortium Pembiayaan...

PETALING JAYA: Konsortium yang dianggotai enam syarikat senaraian awam dan 5G Infra Tech...

Cukai Naik, Harga Rokok...

SINGAPURA - Penduduk sekitar Johor di negara jirannya, Malaysia bakal menyaksikan kebanjiran ramai...

Jho Low Setuju Serah...

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan kontroversi, Jho Low dikatakan bersetuju menyerahkan semua aset...

Hina Islam: Siti Nuramira Akan Didakwa Di Mahkamah Syariah

SHAH ALAM– Wanita yang menimbulkan kontroversi semasa membuat persembahan di sebuah kelab komedi pada minggu lalu, Siti Nuramira Abdullah, 26, akan didakwa di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu disahkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary kepada Sinar Harian dan memaklumkan Siti Nuramira akan didakwa di bawah Seksyen 7 (Menghina atau menyebabkan dipandang hina, dll. agama Islam) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 559).

“Untuk makluman, Siti Nuramira Abdullah (Amy) akan didakwa di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dan pendakwaan di mahkamah syariah akan dibuat dalam masa terdekat.

“Kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan menghina agama yang akan menggugat keharmonian dan perpaduan kaum. Tindakan akan diambil berasaskan undang-undang sedia ada,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Pada Rabu, Siti Nuramira telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menyebabkan rasa tidak harmoni dalam kalangan orang Islam.


Mengikut pertuduhan, Siti Nuramira didakwa mengaku seorang Muslim dan menghafal 15 juzuk al-Quran kemudian membuka tudung dan menanggalkan baju kurung sewaktu membuat persembahan di atas pentas di Restoran Crack House Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Brickfields pada 4 Jun lalu, jam 6 petang.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan iaitu perbuatan berkenaan boleh menyebabkan suasana tidak harmoni di atas alasan agama, di antara orang yang menganut agama sama.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori