PUNCAK ALAM – Hospital Pengajar Univerisiti (HPU) Univerisiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam (HUiTM) yang menyediakan perkhidmatan rawatan dan penjagaan kesihatan bakal dinamakan semula sebagai Hospital Al-Sultan Abdullah, sempena nama Yang di-Pertuan Agong kini, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Baginda dijangka hadir mencemar duli dalam majlis perasmian nama baru hospital berkenaan pada hari Sabtu ini menerusi maklumat pada kain rentang yang dipasang pihak UiTM sekitar Puncak Alam petang ini.
Al-Sultan Abdullah juga merupakan canselor UiTM.
HUiTM yang menelan belanja RM599 juta mula dibina pada April 2017 dalam kawasan seluas 11.2 hektar dilengkapi dengan kapisiti 400 katil, 98 klinik pakar, masing-masing 17 dewan bedah dan wad serta 16 kerusi dialisis.
Hospital berkenaan mula beroperasi secara berperingkat mulai tahun lepas.
Mynewshub-