Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

JDT Abadi Rangkul Piala...

JOHOR BAHRU - Kejayaan Johor Darul Ta`zim (JDT) merangkul kejuaraan Piala AFC pada...

Juruterbang Tumpah Kopi, Pesawat...

BEOGRAD — Pasukan penyiasat Serbia pada Selasa memutuskan, insiden sebuah pesawat rasmi presiden...

“Jangan Suka Hati Tuduh...

PELAWAK, Achey akui terkilan dengan dakwaan segelintir pihak mengatakan dia dan isteri mandul...

KKM Tidak Cadang Laksana...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak bercadang untuk melaksana sebarang sekatan termasuk Perintah...

ICQS Pengkalan Kubor Meriah, Ramai Balik Beraya

TUMPAT : Menjelang sambutan Aidiladha yang bakal disambut esok, keadaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor meriah dengan orang ramai yang ingin memasuki Thailand.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Seawal jam 6 pagi lagi banyak kenderaan beratur dan orang ramai sudah berada di perkarangan kompleks itu untuk urusan dokumentasi perjalanan walaupun kaunter Imigresen dibuka jam 8 pagi.

Keadaan itu berlaku sejak semalam dan difahamkan kira-kira 400 pemegang pas sempadan dan pasport berurusan di kaunter Imigresen, semalam untuk perjalanan sama ada keluar atau masuk ke negara ini.

Dua feri dari Malaysia dan Thailand yang beroperasi untuk mengangkut penumpang sama ada berjalan kaki atau menaiki kenderaan dilihat berulang-alik tanpa henti bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang.

Bagi Zamani Yaakob, 45, dia yang sudah tiga tahun tidak balik ke kampung halaman di Narathiwat, berasa teruja untuk menyambut hari raya korban bersama keluarga yang menetap di selatan Thai itu.

Dia yang sudah hampir 15 tahun menetap di sini dan kini bekerja di sebuah kilang bahan kimia di Kemaman, Terengganu, berkata kepulangannya juga bukan dengan ‘tangan kosong’ sebaliknya mengambil bahagian dalam ibadah korban.

“Saya mengambil cuti selama seminggu pulang bersama isteri dan tiga anak selepas sudah lama tidak menjenguk ahli keluarga di Narathiwat disebabkan pandemik COVID-19.

“Selepas Subuh tadi saya lima beranak serta kakak sekeluarga sudah sampai di sini (ICQS) kerana tidak ingin menunggu lama beratur dan teruja untuk segera tiba di kampung halaman,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


Tinjauan yang dilakukan di Jeti JKR Feri mendapati feri untuk membawa orang ramai dari Malaysia memasuki Thailand lebih sarat berbanding perjalanan untuk masuk ke negara ini.

Orang ramai ditemui rata-rata menyatakan, sambutan Aidiladha di negara jiran lebih meriah.

Hal ini diakui Norazila Asikim Muhamad, 31, yang menetap di Kuala Lumpur dan mengambil cuti selama dua minggu untuk menyambut Aidiladha bersama ibu dan bapa tirinya, di Kampung Che Heng, Takbai.

Menurutnya, harga lembu yang jauh lebih murah di Thailand juga membuatkan dia dan ahli keluarga lain turut mengambil satu bahagian masing-masing untuk dijalankan ibadah korban esok.

“Sudah tiga tahun saya tidak balik menjenguk ibu dan bapa tiri kerana suami bekerja dan beberapa kekangan lain termasuk pandemik COVID-19 yang menyebabkan kami hanya berhubung menerusi telefon sahaja.

“Peluang dapat pulang ke kampung halaman kali ini saya manfaatkan sepenuhnya kerana sambutan Aidiladha di Thailand lebih meriah dan bukan senang dapat berkumpul bersama sanak saudara,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori