“Jangan ingat DAP ini tidak boleh ditenggelamkan,” kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Beliau berkata demikian kepada lebih 1,300 ahli BN yang hadir pada pelancaran jentera BN Pulau Pinang baru-baru ini.
Kata Tok Mat, tidak mustahil BN mampu menewaskan DAP di Pulau Pinang sekiranya seluruh jentera BN berpadu dan bersatu hati.
Penegasan Tok Mat itu rasional kerana DAP pernah dikalahkan di kubu kuat mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Johor dan Sarawak.
Tiada siapa menjangkakan BN mampu melakukannya waima DAP sendiri pun sangat terkejut dan semakin kelam kabut untuk berdepan PRU-15.
Dan perlu difahami BN kini memiliki Tok Mat sebagai Pengarah Pilihan Raya. Sebelum-sebelum ini Pengarah Pilihan Raya BN bukan Tok Mat.
Ketika calon MCA mewakili BN dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai, Tok Mat memainkan peranan paling ke hadapan membantu kemenangan tersebut.
Walhal sebelum itu MCA digambarkan oleh ramai penganalisis politik sebagai telah berkubur dan pengundi Cina tidak lagi bersama MCA.
Tok Mat kini sedang menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air bertemu dengan jentera BN sebagai persiapan menghadapi PRU-15.
Kehadiran Tok Mat ke Pulau Pinang beberapa hari lalu ternyata menyemarakkan semangat juang pendokong BN di negeri itu.
Sejak BN kehilangan kuasa menerajui kerajaan Pulau Pinang kepada DAP sejak 2008, tidak pernah terlihat aura sedemikian oleh BN di negeri itu.
Tok Mat menggesa ahli BN membangunkan mentaliti boleh menang dan merangka strategi menumpaskan DAP.
Seluruh jentera BN di Pulau Pinang perlu berpegang kepada segala amanat dan pesanan Tok Mat. Jangan sesekali ada perasaan sombong.
Tok Mat telah membuktikan segala aturan dan gerak kerjanya untuk BN sejak beberapa tahun lalu sangat berjaya dengan cemerlang.
Jika mahu lihat Pulau Pinang kembali kepada BN, maka akurlah kepada apa yang dirancangkan oleh Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan itu.
Tidak perlu was-was dan musykil walaupun apa Tok Mat fikirkan mungkin tidak terlihat pada mata kasar. Beliau ada strategi dan laksanakannya.
-Mynewshub