Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Hassan Azhari Meninggal Di...

TOKOH agama terkenal, Tan Sri Hassan Azhari meninggal dunia pada pukul 5.07 petang...

KDN Terima Sumbangan 20,000...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima sumbangan 20,000 topeng muka daripada...

BN Melaka Akan Usul...

SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) Melaka akan membawa usul bagi menambah kira-kira tiga...

“Cermat Berdiplomasi, Tolak Campur...

PAS menggesa kerajaan Malaysia agar lebih cermat menangani persaingan antara kuasa besar Amerika...

Inflasi Malaysia Terendah Di Asia Tenggara, Kata PM

Malaysia masih mengalami inflasi pada kadar terendah di Asia Tenggara ekoran tindakan kerajaan menyediakan subsidi berjumlah RM77 bilion, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ismail Sabri berkata ekonomi global yang tidak menentu, krisis geopolitik dan perubahan iklim dunia memberi kesan kepada kos sara hidup di Malaysia.

“Kenaikan harga jagung bijiran dan baja serta kenaikan kos logistik telah menyebabkan peningkatan harga barangan yang menyaksikan kadar inflasi juga meningkat tinggi.

“Namun begitu, Malaysia masih mengalami inflasi pada kadar terendah di Asia Tenggara hasil usaha berterusan kerajaan menanganinya dengan memberikan subsidi berjumlah RM77 bilion,” katanya ketika merasmikan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) peringkat Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Dia berkata, antara langkah kerajaan menangani kenaikan harga barang adalah dengan menyediakan subsidi RM1.1 bilion untuk ayam dan telur serta RM4 bilion untuk minyak masak paket.

Turut hadir dalam acara itu adalah Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob dan Mentari Komuniti dan Multimedia Annuar Musa.


Mengulas mengenai JAKM, Ismail berkata program itu sebelum ini diadakan di Johor, Perlis, Sabah, Terengganu dan Perak bgi memudahkan masyarakat berurusan dengan kementerian dan agensi kerajaan, yang menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk peluang pekerjaan.

Menurutnya ia membuktikan idea Keluarga Malaysia bukan retorik atau slogan semata-mata, tetapi dapat memelihara kesejahteraan dan kepentingan rakyat.

“Konsep Keluarga Malaysia bermatlamat supaya rakyat berbilang kaum dan merentasi agama di negara ini dapat terus mengamalkan hidup bersatu padu dalam satu keluarga besar berasaskan tiga teras utama iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

“Konsep dan pendekatan Keluarga Malaysia bukanlah sesuatu yang sukar untuk dihadam kerana ia sebenarnya berlandaskan nilai-nilai sedia ada yang kita miliki dalam sebuah keluarga,” katanya lagi.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori