Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

KJ Bimbang Kemelut MIC...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin Abu Bakar bimbang...

Pembelajaran Digital Sepenuhnya Dicapai...

MELAKA - Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh yakin pendidikan tinggi di Malaysia akan dijalankan secara digital...

Lelaki 55 Tahun Dalang...

SEORANG lelaki berusia 55 tahun ditahan kerana disyakki menjadi dalang dalam letupan sebuah...

2 Buruh Ditahan, Dadah...

SUNGAI PETANI - Dua buruh lelaki dipercayai pengedar dadah ditahan manakala dadah jenis...

Ismail Sabri Dijadual Berangkat Ke Turki Esok

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan bertemu dengan rakan sejawat beliau, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam lawatan rasmi sulung ke negara republik itu bermula esok hingga 8 Julai ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kementerian Luar Negeri berkata, pertemuan sulung antara kedua-dua pemimpin itu akan memberikan peluang kepada mereka untuk meneliti perkembangan pelaksanaan Deklarasi Bersama mengenai Rangka Kerja Kerjasama Strategik yang dimeterai pada tahun 2014.

“Pertemuan itu juga bakal membuka peluang bagi kedua-dua pemimpin menerokai inisiatif baharu bagi meningkatkan kerjasama yang sedia terjalin dalam pelbagai bidang ke peringkat yang lebih tinggi.

“Antara perkara-perkara utama yang akan dibincangkan semasa Lawatan Rasmi dalam kolaborasi dua hala itu termasuklah kerjasama pasca Covid-19, pertahanan dan industri aeroangkasa serta usaha bersama dalam menangani isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri juga akan bertemu dengan pemain-pemain utama industri Turki dalam usaha mengukuhkan kerjasama ekonomi dan membuka ruang juga peluang kepada kedua-dua negara untuk meneroka kerjasama baharu dalam pelbagai bidang.


“Sempena lawatan ini, kedua-dua negara juga dijangka akan memuktamadkan beberapa Memorandum Persefahaman dalam bidang pendidikan, kesihatan, media, komunikasi, pelancongan kesihatan dan kolaborasi perniagaan.

“Dalam pada itu, Perdana Menteri juga akan mengadakan sesi bersama Keluarga Malaysia di Istanbul semasa majlis makan tengahari yang dijadualkan esok,” katanya.

Jelas kenyataan itu, Perdana Menteri akan diiringi oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali dan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Pada tahun 2021, Turki merupakan rakan dagangan ke-3 terbesar Malaysia di rantau Asia Barat dengan perdagangan bernilai RM16.97 bilion (AS$4.09 bilion) dan projek-projek yang telah dilaksanakan bernilai RM444.59 juta (AS$130.91 juta).

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori