Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Masjid Dekat San Bernardino...

COACHELLA (Amerika Syarikat) - Susulan insiden tembakan rambang yang berlaku di San Bernardino,...

Prosiding Kes SRC Tangguh...

KUALA LUMPUR – Prosiding SRC International Sdn. Bhd. terpaksa di tangguhkan berikutan panggilan...

Universiti Di Turki, Terbaik...

Turki menjadi negara umat Islam yang paling banyak mempunyai universiti tersenarai dalam 100...

Leher Dijerut Punca Kematian...

WANITA warga emas yang maut selepas dipukul dan dipijak di Kampung Pasir Panjang,...

Jangan Buat Tuduhan Melulu Terhadap Badan Kehakiman – Raja Perlis

KANGAR : Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menyeru masyarakat agar menghormati serta memelihara prinsip kebebasan badan kehakiman di negara ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Titah baginda, jangan membuat sebarang tuduhan yang melulu dan tidak berasas kepada hakim atau pegawai kehakiman.

Baginda yakin dan percaya bukan mudah untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang hakim kerana setiap keputusan yang dibuat itu akan menjadi kayu pengukur kepada proses keadilan dan menjadi rujukan pada masa hadapan.

“Umum mengetahui, terdapat tiga cabang utama yang ditadbir berasingan di bawah sistem pentadbiran negara, iaitu badan eksekutif, perundangan dan kehakiman.

“Ketiga-tiga badan ini mempunyai peranan, tanggungjawab dan bidang kuasa masing-masing. Dengan adanya pengasingan kuasa ini, pemerintahan negara akan berjalan dengan tersusun dan teratur serta wujud semak dan imbang dalam sistem pentadbiran negara,” titah baginda ketika merasmikan Kompleks Mahkamah Kangar di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kangar, Dr. Arik Sanusi Yeop Johari.

Berangkat sama, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.


Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Sementara itu, baginda menaruh harapan tinggi agar para hakim dan pegawai kehakiman terus menjaga integriti serta etika pada setiap masa bagi memastikan setiap keputusan dibuat sentiasa berpaksikan kepada keadilan dan kesaksamaan dan ‘without fear or favour’.

“Jika sesuatu keputusan itu dibuat berlandaskan undang-undang dan fakta yang betul, beta yakin sudah pasti keputusan tersebut dapat diterima baik oleh semua pihak,” titah baginda.

Pada kesempatan sama, Tuanku Syed Sirajuddin turut mengajak seluruh jentera kerajaan termasuk penjawat awam, ahli politik, badan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam agar bersatu hati dalam membasmi dan membendung masalah rasuah.

Titah baginda, jika budaya tersebut tidak dihapuskan, ia akan merosakkan seluruh sistem pentadbiran dan masyarakat baik daripada segi politik, ekonomi dan sosial.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori