Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Cuaca Buruk Di Beberapa...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut...

Suspek Tikam Ibu Guna...

BALIK PULAU - Suspek yang menikam ibunya menggunakan gunting sehingga mati di sebuah...

Tan Sri Shafee Mengaku...

KUALA LUMPUR – Peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah didakwa di Mahkamah...

Sehelai Spender Aku Pun...

ALAMAK.. makin lama, makin panas konflik yang berlaku antara pelakon Rita Rudaini dan...

Jemaah Malaysia Pamer Disiplin Terbaik

MINA: Keadaan sesak dan sempit tidak menjadi halangan jemaah haji Malaysia terus menjaga kebersihan dan berdisiplin dalam tempoh operasi Masyair.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sebaliknya, ia memberi semangat untuk mereka memastikan penginapan di Arafah, Muzdalifah dan Mina selesa untuk diduduki dalam tempoh persiapan operasi Masyair.

Tinjauan BERNAMA mendapati sesetengah khemah jemaah haji Malaysia di Arafah ditinggalkan dalam keadaan lebih bersih berbanding sebelum ketibaan mereka, malah ada yang bergotong-royong menyusun tilam, selimut serta bantal dengan lebih kemas dan teratur sebelum berangkat ke Muzdalifah.

Ketika bermabit (bermalam) di Muzdalifah pula, rata-rata jemaah membawa plastik sampah masing-masing dan memastikan tiada sisa sampah sebelum bergerak ke Mina dengan menaiki bas.

Di celah laluan khemah-khemah di Mina yang sempit juga menunjukkan tiada pembuangan sampah-sarap merata-rata dan TH menyediakan tong sampah di pelbagai lokasi.

Kebanyakan khemah jemaah membuat peraturan tersendiri dalam mematuhi penjagaan kebersihan hingga ada yang menyusun selipar dengan teratur di dalam serta di luar khemah.

Sementara itu, Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, terharu dengan sikap jemaah haji, malah Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sentiasa memuji dan menganggap jemaah Malaysia adalah contoh terbaik.


Katanya, disiplin tinggi jemaah Malaysia diketengahkan dalam Program Kebersihan Masyair dan ternyata sikap itu berjaya membentuk keperibadian terpuji seperti mana misi program iaitu Kebersihan Mencerminkan Kemabruran Haji.

“Ketika jemaah haji berada di Arafah sebelum berangkat ke Muzdalifah, mereka membersihkan perkhemahan dengan bersih dan kita dapat lihat usaha yang dilaksanakan.

“Begitu juga ketika di Muzdalifah, jemaah haji memberi kerjasama terhadap program ini. Di Mina mereka akan tinggal lebih lama iaitu antara tiga ke empat hari.

“Tempoh agak lama untuk mereka bersihkan di bilik air, kawasan dalam khemah dan lorong-lorong khemah”, katanya kepada pemberita selepas melancarkan program berkenaan.

Di Arafah, sebanyak 200 khemah disediakan untuk jemaah Malaysia dan di Muzdalifah, jemaah haji perlu bermabit beralaskan tikar di kawasan lapang.

Keadaan di Mina agak mencabar kerana bukan sahaja membabitkan 600 khemah untuk jemaah Malaysia tetapi juga berada dalam kawasan yang sangat hampir dengan khemah umat Islam negara lain.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori