Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mayat Nazrin Ditemui Di...

SHAH ALAM - Saksi pendakwaan kedua memberitahu Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi...

Akui Diri Khunsa!!! –...

TAK dapat dinafikan, manusia yang dilahirkan sebagai Muslim sekali pun kadangkala tersasar dalam...

BN Tak Ambil Pendekatan...

IPOH - Barisan Nasional (BN) tidak akan mengambil pendekatan keterlaluan untuk bermain dengan...

Jamal Tayang ‘Rantai Berlian’...

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos...

Jokowi Bertemu Putin, Sampaikan Mesej Zelenskyy

MOSCOW – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dilaporkan menemui rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin kelmarin untuk menyampaikan mesej pemimpin Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, lapor laman berita Wion News.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sebelum berjumpa Putin, Jokowi melawat Ukraine untuk mendesak supaya keamanan dicapai antara dua negara berperang itu. Sekiranya buntu, kunjungan beliau sekurang-kurang­nya untuk membincangkan krisis bekalan makanan bersama Putin.

“Saya menyampaikan mesej Zelenskyy kepada Putin,” kata Jokowi selepas pertemuan mereka.

Jokowi turut menyatakan kesediaan beliau untuk membantu memulakan ‘komunikasi’ antara kedua-dua pemimpin itu.

Selepas menemui Jokowi, Putin pula memberitahu bahawa beliau bersedia memenuhi permintaan Indonesia untuk bekalan baja.

Putin berkata, permintaan daripada petani-petani Indonesia dan ‘negara-negara mesra’ lain akan dipenuhi sepenuhnya oleh pembekal Rusia. Rusia juga berhasrat untuk memenuhi kewajiban kontraknya mengenai bekalan tenaga, makanan dan baja di luar negara.


Sebaliknya, Jokowi yang berada di Kiev pada Rabu lalu sebelum berlepas ke Moscow, tidak memberikan butiran lanjut tentang isi kandungan perbincangan mereka.

“Walaupun keadaan di luar masih sukar, adalah penting untuk kedua-dua belah pihak bergerak ke arah penyelesaian dan dialog terbuka.

“Saya menyeru semua pe­mimpin dunia untuk menghidupkan semula semangat kerjasama,” kata Jokowi sambil menambah, Indonesia mahu ‘perang ditamatkan tidak lama lagi’.

Pada masa ini, wujud tekanan jelas oleh Barat terhadap Jakarta supaya meminggirkan Putin daripada menghadiri sidang negara-negara Kumpulan 20 (G20) di mana Presiden Rusia itu turut diundang.

Dalam pada itu, Zelenskyy memberitahu Jokowi beliau akan menghadiri sidang kemuncak G20 akan datang di Bali bergantung kepada siapa yang akan hadir.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori