Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

‘Pocket Rocketman’ Juara Dunia...

JAGUH berbasikal negara, Azizulhasni Awang mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menamatkan penantian Malaysia merangkul...

‘Prank’ Ubah Perjalanan Hidup...

JAKARTA - "Saya tidak tahu apa yang telah saya lakukan. Mereka berjanji akan...

Guan Eng, Isteri, Phang...

BUTTERWORTH - Bekas Ketua  Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, isteri Betty Chew...

Kes Saman Terhadap Bekas...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 25 Mei dan 13 Jun...

Jual Arak Tak Ikut Peraturan, JKWP Keluar Kompaun RM30,000

KUALA LUMPUR: Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan (JKWP) mengeluarkan 10 notis kompaun berjumlah RM30,000 menerusi Operasi Bersepadu Minuman Beralkohol di ibu kota, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Operasi dilakukan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) JKWP dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyasarkan premis jualan minuman beralkohol.

Ia bagi memeriksa aktiviti penjualan minuman beralkohol termasuk pemeriksaan label tidak memenuhi standard, penyediaan papan tanda had umur serta pameran dan jualan minuman keras di rak berasingan dengan makanan atau minuman lain.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor’Aishah Abu Bakar, berkata sebanyak 43 premis diperiksa dalam operasi ini dengan lapan produk alkohol bernilai RM586.20 disita.

“Keseluruhan, sebanyak 10 notis kompaun dikeluarkan kepada 10 premis jualan dengan nilai RM30,000 atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985

“Selain itu, pihak DBKL mengeluarkan satu notis kompaun mengikut Undang-undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan DBKL 2016 dengan nilai RM500 kerana gagal mempamer lesen jualan alkohol terkini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, antara kesalahan yang dikesan JKWP adalah tiada perkataan ‘Arak Mengandungi __% Alkohol’ pada label bungkusan dan tiada pengasingan di antara minuman beralkohol dengan makanan lain.


Kesalahan lain yang dikesan adalah penjual tidak meletakkan notis ‘Meminun Arak Boleh Membahayakan Kesihatan’ serta tidak mempamerkan larangan menjual minuman beralkohol kepada mana-mana orang di bawah umur 21 tahun.

“Pemilik premis jualan minuman beralkohol perlu memastikan semua standard yang termaktub dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 dipatuhi sepenuhnya.

“Ini terutamanya bagi Peraturan 361 Standard Am berkenaan minuman beralkohol dan peraturan lain yang berkaitan bagi memastikan hak pengguna dilindungi sepenuhnya dari aspek kualiti dan keselamatan produk.

“Ia juga bagi mengelakkan sebarang penipuan dalam penjualan minuman beralkohol terhadap kandungan minuman terbabit dan seterusnya boleh mengancam nyawa,” katanya.

Katanya, sebarang aduan mengenai premis penjualan minuman beralkohol yang meragukan atau tidak mematuhi standard boleh disalurkan kepada JKW, Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau DBKL dan di laman sesawang https://moh.spab.gov.my.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori