Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Agong Sempurnakan Istiadat Perbarisan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan menyempurnakan...

Annuar Musa Letak Jawatan...

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengumumkan melepaskan jawatannya kerana...

Najib Pengerusikan Mesyuarat MT...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat Majlis...

Wajah Budak 4 Tahun...

NASIB malang ibu muda Tripti Khatun, 18 tahun berasal dari Bangladesh ini. Ia tentu sekali...

Jual Rokok Kepada Individu Lahir Tahun 2007 Ke Atas Boleh Didenda, Penjara

KUALA LUMPUR – Mana-mana individu yang menjual atau mempamerkan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau kepada individu yang lahir pada 1 Januari dan seterusnya dicadang didenda tidak lebih RM30,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu dimasukkan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini.

Berdasarkan draf RUU itu, individu didapati melakukan kesalahan kali kedua dan berikutnya menjual serta mempamerkan produk tembakau, kepada individu yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya pula dicadang didenda tidak lebih RM30,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.


Bagi pertubuhan perbadanan yang melakukan kesalahan itu untuk kali pertama, dicadang dikenakan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan kali kedua dan berikutnya pula, pertubuhan perbadanan, boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori