Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Program B’Frenz Sasar Produk...

645 RIBU usahawan tempatan yang selama ini bergantung pada keadah pemasaran percuma di...

Gangguan Elektrik Klinik Changlun...

ALOR SETAR – Gangguan bekalan elektrik di Klinik Kesihatan Changlun dekat Kubang Pasu...

Hasanuddin Dilantik Ketua Polis...

KUALA LUMPUR - Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana, Maktab Polis...

Libasan STL Kembali Lagi

PETALING JAYA : Kehadiran pemain import, kejohanan yang bakal ‘dibawa’ ke lima buah...

Kapal Hong Kong Terbelah Dua, 27 Kru Masih Hilang

HONG KONG – Pihak berkuasa penyelamat Hong Kong meneruskan pencarian 27 kru kapal kejuruteraan yang karam di Laut China Selatan semalam, selepas ia mengalami kerosakan besar sehingga terbelah dua.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kapal tersebut dilaporkan terperangkap berhampiran pusat Taufan Chaba di lautan itu.

Stesen penyiaran CNN melaporkan, Perkhidmatan Penerbangan Kerajaan Hong Kong (GFS) memaklumkan bahawa kapal itu karam kira-kira 300 kilometer di barat daya pulau itu.

Dalam hantaran di Instagram, GFS berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.25 pagi (waktu tempatan) semalam.

Kru kapal berkenaan dilaporkan bertindak meninggalkan kapal selepas ia mengalami kerosakan besar di Laut China Selatan.

Video daripada operasi menyelamat memaparkan seorang kru ditarik dari kapal yang sedang karam ke dalam helikopter menggunakan tali.


Tiga anak kapal berjaya diselamatkan setakat ini, manakala nasib 27 lagi masih belum diketahui, kata GFS. Keadaan cuaca buruk dikatakan menghalang operasi mencari dan menyelamat.

“Empat helikopter dan dua kumpulan pesawat telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat,” tambah GFS.

Taufan Chaba menyebabkan gangguan di seluruh wilayah itu dengan sebilangan penerbangan dibatalkan manakala beberapa premis perniagaan ditutup akibat angin kencang dan hujan lebat.

Pihak berkuasa Hong Kong telah mengeluarkan amaran mengenai taufan tersebut pada Khamis lalu ketika lawatan Presiden China, Xi Jinping diadakan.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori