Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PKPD Masjid India Babit...

KUALA LUMPUR - Pengisytiharan terbaru Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Masjid India...

Rakyat Sabah Perlu Pilih...

KENINGAU - Rakyat Sabah perlu memilih Barisan Nasional (BN) pada hari mengundi 9...

Jho Low Gelar Najib...

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau Low Taek Jho...

Najib Perlu Bayar RM1.69...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu membayar...

Kelantan Sumbang RM50,000 Untuk Bencana Baling

KOTA BHARU : Kerajaan Kelantan menyalurkan sumbangan RM50,000 untuk membantu penduduk di Baling, Kedah yang terjejas dengan banjir lumpur, Isnin lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sumbangan daripada Tabung Serambi Mekah akan diserahkan kepada kerajaan Kedah sebagai tanda solidariti dan kebersamaan kedua-dua pihak.

“Kami merakamkan ucapan takziah kepada mangsa bencana di negeri Kedah sehingga menyebabkan kehilangan jiwa dan kemusnahan harta benda.

“Semoga usaha-usaha pasukan keselamatan dan sukarelawan dipermudahkan oleh Allah bagi melancarkan operasi pemulihan pasca bencana,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Isnin lalu, Baling dikejutkan dengan tragedi kepala air dan banjir lumpur melibatkan lima kampung di Kupang, Baling yang sehingga ini mengorbankan tiga mangsa dan menyebabkan 1,500 penduduknya terjejas serta puluhan kediaman rosak.

Hujan lebat lebih tiga jam sejak Isnin membawa bersama lumpur tebal, timbunan pokok serta sisa kayu dari Gunung Inas berdekatan, mengakibatkan sebuah jambatan yang menghubungkan kampung di Sungai Iboi roboh manakala jalan utama terputus hubungan.

Antara kampung yang terlibat dalam bencana itu adalah Kampung Iboi, Kampung Bukit Ibor, Kampung Tok Pisang, Kampung Tok Saba dan Kampung Padang Empang.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori