Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Manchester City Pertahankan Kejuaraan...

BRIGHTON - Manchester City berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat musim...

Salah Laku Seks, Penyanyi...

PENYANYI dangdut popular Indonesia, Saipul Jamil, 36, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh...

SKMM Siasat 154 Kes...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 154 kes penyalahgunaan Internet dan media baharu disiasat Suruhanjaya...

PRN Sarawak: PAS Umum...

KUALA LUMPUR - PAS mengumumkan parti itu akan tetap bertanding di kawasan-kawasan bukan...

Kes Baharu Covid-19 Catat Lebih 5,000, 13 Kematian

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 semalam mencatatkan peningkatan mendadak apabila 5,685 kes dilaporkan semalam dengan dua kes import berbanding hanya 3,902 kes kelmarin yang menjadikan jumlah kumulatif jangkitan virus tersebut di Malaysia sebanyak 4,597,803 kes.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 2,340 pertambahan kes aktif telah dilaporkan semalam menjadikan jumlah kumulatif kes aktif dalam negara menjadi 45,484 kes.

Sebanyak 3,337 kes sembuh daripada Covid-19 juga telah dilaporkan yang menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada jangkitan virus itu kini mencecah 4,554,286 kes.

“Selangor terus mencatatkan peningkatan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,024 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,834), Perak, (357), Sabah (279), Negeri Sembilan (230), Pulau Pinang (205), Melaka (147) serta Johor dan Kedah (masing-masing 126 kes).


“Turut menyumbang kepada peningkatan kes harian semalam adalah Putrajaya (92), Sarawak (85), Pahang (63), Kelantan (53), Terengganu (41), Labuan (15) dan Perlis (lapan),” demikian laporan data pada laman web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak 13 kematian dilaporkan dengan lima kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,878 manakala BID pula sebanyak 7,614 setakat ini.

Sebanyak 43,858 kes dikuarantin di rumah, 39 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,531 kes di hospital, 21 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 35 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori