Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Aishah Ilias Nafi Bercinta...

Walaupun sudah lama bertapak dalam bidang hiburan namun nama pelakon Aishah Ilias masih...

Patung 23,000 Tahun Mirip...

MOSCOW - Sekumpulan penyelidik arkeologi berjaya menemui sebuah patung wanita yang dianggarkan berusia...

Pekedai Runcit Ditahan Jual...

BERA - Seorang pekedai runcit ditahan kerana menjual rokok dan minuman keras seludup...

Jalan Raya Bertukar Menjadi...

ALOR SETAR - "Hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja jalan raya yang sesak...

Kes Cacar Monyet Di Columbia Meningkat Kepada 5

BOGOTA: Dua jangkitan baharu cacar monyet dikesan di Colombia, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada lima, lapor pihak berkuasa kesihatan tempatannya semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kes baharu itu membabitkan dua orang dewasa yang ada kaitan, dengan salah seorang baru tiba dari Eropah dan menjangkiti seorang lagi, kata Setiausaha Kesihatan Bogota Alejandro Gomez.

Katanya, kedua kedua-dua pesakit itu kini diasingkan, dengan penjagaan kesihatan mereka diuruskan sebagai pesakit luar.

“Kami mempunyai empat kes cacar monyet di bandar Bogota dengan kesemua empat kes itu tidak serius,” katanya sambil menyatakan pasukan epidemiologi sedang menjalankan kajian dan pengesanan kontak serta kajian yang biasa dilakukan.


Tiga kes cacar monyet di Colombia dikesan pada 23 Jun lalu membabitkan mangsa yang baru saja pulang dari Eropah, lapor Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Sosial.

Kementerian itu menggesa orang ramai supaya tidak panik, namun meminta mereka sentiasa berwaspada terhadap sebarang gejala atau jika mempunyai kontak dengan mereka yang dijangkiti.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori