Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Bertemu Presiden SEAMEO...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan pertemuan...

Remaja OKU Dikhuatiri Lemas...

KEMAMAN - Keghairahan seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) untuk mandi di pantai...

Kanak-Kanak 9 Tahun Dikhuatiri...

BUKIT MERTAJAM - Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai...

PH Kekal Cadangan Tiga...

SANDAKAN: Pakatan Harapan (PH) akan mengekalkan cadangan sebelum ini supaya tiga jawatan Tmbalan...

Kes Cecah 4,000, Khairy Adakan Sidang Akhbar 3 Petang Ini

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dijangka mengadakan satu sidang akhbar pada pukul 3 petang ini bagi memperincikan keadaan situasi semasa jangkitan Covid-19 di negara ini ketika ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menerusi hantaran Twitter Khairy Jamaluddin tadi, sidang akhbar itu akan diadakan bagi memaklumkan beberapa perkara susulan negara mencatatkan kes harian melepasi 4,000 jangkitan hari ini.

“Kes harian melepasi 4,000. Ini gelombang baharu jangkitan Covid-19 yang saya maksudkan beberapa minggu lepas.

“Sidang akhbar diadakan petang ini pada pukul 3 petang untuk memaklumkan beberapa perkara penting,” ciapnya.

Terdahulu, angka jangkitan Covid-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan apabila sebanyak 4,020 kes dilaporkan semalam termasuk sembilan kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,548,528 setakat ini.


Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 1,718 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,516,688.

Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,630 diikuti Kuala Lumpur (1,049), Perak (295), Sabah (205), Negeri Sembilan (197), Pulau Pinang (128) dan Melaka (107).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Putrajaya (90), Johor (80), Pahang (62), Kedah (60), Sarawak (57), Kelantan (21), Terengganu (20), Labuan (12) dan Perlis (7).

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori