Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Raja Bomoh Pun Kunjungi...

UNIK... Sejurus konvoi Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di rumahnya di Taman...

KPDNKK Terengganu Rekod Hasil...

KUALA TERENGGANU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Terengganu...

Kedai Ayam Segar Jual...

SUNGAI PETANI - Demi ayam yang dijual pada harga hanya RM1 seekor, orang...

Presiden Iran Ebrahim Raisi...

DUBAI : Presiden Iran Ebrahim Raisi disahkan maut oleh pegawai kerajaan negara itu...

Kes Dadah Pertama Cemari Sukan Komanwel 2022

BIRMINGHAM : Hanya dua hari selepas membuka tirai secara rasmi, Sukan Komanwel Birmingham sudah dicemari isu doping melibatkan petinju ­Ghana, Shakul Samed.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Petinju berusia 23 tahun itu yang sepatutnya menentang Luc Jean Rosalba dari Mauritius pada pusingan pertama kategori light heavyweight semalam, digantung oleh

Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) kerana gagal ujian dadah.

“Suruhanjaya Anti-Doping dan Perubatan Persekutuan Sukan Komanwel telah mengesahkan bahawa sampel Shakul Samed, petinju dari Ghana, melanggar peraturan anti-doping untuk Sukan Komanwel 2022.

“Sampel A-nya didapati mengandungi bahan terlarang (agen diuretik dan pelekat – furosemide).

“Oleh itu dia digantung berkuat kuasa serta-merta. Dia dan Persatuan Sukan Komanwel Ghana telah dimaklumkan,” kata CGF dalam satu kenyataan.


Penggantungan Samed, yang beraksi dalam Olimpik Tokyo tahun lalu bagaimanapun tidak menjejaskan kemeriahan temasya, yang menyaksikan penguasaan Australia dan New Zealand pada hari pertama.

Seperti diramalkan, Australia memulakan kempen dengan langkah besar apabila mengungguli lapan daripada 16 pingat emas keseluruhan yang ditawarkan.

Lima emas mereka diraih di kolam renang, manakala tiga lagi dalam acara berbasikal trek.

Juara Olimpik, Ariarne Titmus dan Zac Stubblety-Cook serta juara dunia, Elijah Winnington mengetuai penguasaan Australia di kolam renang.

New Zealand di tangga kedua dengan tiga emas, tiga perak dan satu gangsa, manakala tuan rumah, England meraih dua emas, lima perak serta dua gangsa.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori