Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dewan Rakyat: Hutang Negara...

KUALA LUMPUR : Hutang Persekutuan pada akhir 2022 merekodkan sebanyak RM1.08 trilion, meningkat...

Pemandu Rentung Kereta Berlanggar...

SANDAKAN - Seorang pemandu kereta rentung selepas kenderaan yang dipandunya berlanggar dengan sebuah...

PKR Yakin DAP Tidak...

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP...

Sik Jadi Lokaliti Pertama...

Satu projek yang murni dan diharap akan berjaya.

Kes Kematian Covid-19 Di New Zealand Melonjak

WELLINGTON – Kadar kematian akibat Covid-19 di New Zealand mencecah paras tertinggi ketika negara itu berdepan satu lagi gelombang Omicron yang membawa maut, lapor portal berita MailOnline semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jumlah kematian mingguan mencecah 151 kes dalam tempoh tujuh hari yang berakhir pada 16 Julai lalu berbanding rekod tertinggi 115 kes pada Mac tahun ini, demikian menurut data Kementerian Kesihatan.

Kadar kematian semasa di New Zealand adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada Britain dan empat kali ganda lebih tinggi dari Amerika Syarikat (AS).

Dalam tempoh 24 jam lalu, kesemua 26 kematian akibat Covid-19 direkodkan dalam kalangan mereka yang berusia lebih 60 tahun. Kumpulan umur itu diketahui paling terdedah kepada jangkitan Covid-19.

Subvarian Omicron, BA.5 memacu gelombang Covid-19 di New Zealand. Sebanyak 64,780 kes disahkan minggu lalu walaupun pihak berkuasa mengatakan bahawa angka sebenar dipercayai lebih tinggi.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Jacinda Ardern memansuhkan dasar sifar Covid-19 yang menyaksikan negara itu digelar ‘kerajaan petapa’ pada tahun lalu. Dasar itu dilaksanakan selepas sebahagian besar penduduknya divaksin dengan lapan daripada 10 orang menerima dua dos pelalian Covid-19.


Sejak itu, virus berkenaan telah merebak.

Pakar-pakar memberitahu bahawa tahap jangkitan yang rendah sebelum ini di New Zealand disebabkan sekatan ketat Covid-19 menjadi punca kepada kadar kematian yang tinggi sekarang.

Langkah yang melumpuhkan ekonomi hanya menangguhkan jangkitan yang ‘tidak dapat dielakkan’ yang mungkin membina imuniti lebih baik.

Data platform penyelidikan yang disokong Universiti Oxford, Our World in Data menunjukkan lima dalam setiap satu juta penduduk New Zealand mati akibat Covid-19 setiap hari dalam tempoh seminggu hingga semalam. Kadar itu meningkat satu pertiga daripada paras tertinggi sebelumnya iaitu 3.68 pada Mac.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori