Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Diboikot Gara-Gara Bapa Hantar...

SEORANG pelajar di Hangzhou, China diboikot selepas tiba di sekolah dengan menaiki kereta...

RUU Persempadanan Semula Dibentang...

AKHIRNYA... Rang Undang-Undang (RUU) Persempadanan Semula bakal dibentang dan dibahas di Dewan Rakyat,...

UMNO Bahagian Batu Tolak...

Mengambil maklum dengan apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini, UMNO Bahagian Batu mengambil ketetapan menolak kerjasama dengan Bersatu.

Hishamuddin Rais Dipanggil Beri...

KUALA LUMPUR - Polis hari ini merekodkan keterangan aktivis sosial, Hishamuddin Rais yang...

Komentar Asia Times: Hubungan Najib-Tok Mat Tidak Terjejas

PASIR GUDANG : Hubungan baik antara Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan terjejas susulan komentar yang dilaporkan dalam temu bual dengan sebuah agensi media.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Exco Pemuda UMNO, Noor Azleen Ambros berkata, pelbagai pihak akan membuat 1,001 tafsiran mengikut kehendak dan selera masing-masing terhadap pandangan yang dilakukan oleh mana-mana pemimpin.

“Musuh sudah tentulah menangguk di air keruh memainkan isu ini mengikut naratif jahat mereka untuk melemahkan UMNO dan cuba memainkan sentimen adu domba dalam kalangan pemimpin.

“Apa yang mustahak adalah perkara ini tidak dijadikan sebab untuk menimbulkan syak wasangka dalam kalangan pemimpin, sekali gus alasan untuk mewujudkan perpecahan dan kestabilan dalam parti.

“Pimpinan dan orang parti perlu terus dan kekal fokus untuk mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat menepis laporan Asia Times yang mendakwa beliau percaya bekas Perdana Menteri itu sepatutnya dipenjarakan.


Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dilaporkan berkata, Najib sepatutnya mendapat penghakiman yang adil dan bukannya pendakwaan terpilih.

Bagaimanapun wartawan Asia Times, Nick Kochan mempertahan wawancaranya dengan Mohamad berikutan dakwaan bahawa laporannya mengambil kenyataannya di luar konteks.

“Kami tetap dengan laporan kami,” katanya dalam Twitter, bersama dengan pautan untuk memuat turun rakaman audio daripada wawancara itu.

Mengulas lanjut, Noor Azleen yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang berkata, keakraban dan persefahaman baik antara Mohamad dan Najib dibuktikan dan diterjemah dalam banyak kejayaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam siri pilihan raya kecil (PRK) dan pilihan raya negeri (PRN).

“Saya juga percaya kedua-dua sosok pemimpin ini sentiasa meletakkan kepentingan dan masa depan parti lebih daripada segala-galanya tanpa menjadikan laporan temu bual Asia Times ini sebagai alasan memulakan sengketa peribadi dan berdusta sesama mereka,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori