Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pertama Kali Kes Rogol...

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa...

PRN: Celupar Aziz DAP...

KUCHING - Kata orang cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar. Mungkin...

MUDA Gagal Cabar Tindakan...

KUALA LUMPUR - Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta 12 individu hari ini...

Tahun Anjing Simbol Keberanian...

KUALA LUMPUR - "Anjing juga mengingatkan kita bahawa Malaysia benar-benar memerlukan pemimpin berintegriti...

KPDNHEP Jamin Minyak Masak Peket Pulih Dalam Masa Terdekat

ALOR SETAR : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan minyak masak peket bersubsidi dijangka pulih dalam masa terdekat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, pemeriksaan mendapati kekurangan bekalan bahan itu sejak kebelakangan ini disebabkan pembelian panik dalam kalangan pengguna ekoran harga minyak masak botol yang diapungkan.

“Pengeluar minyak masak akan menghasilkan 60,000 metrik tan setiap bulan seperti ditetapkan untuk diedar kepada pembungkus dan pemborong. Mereka baru dapat kuota dan perkara ini tidak berlarutan lama dan akan pulih sehari dua lagi.

“Permintaan tinggi di pasaran akibat perbezaan harga yang sangat tinggi antara harga minyak masak paket dan minyak masak botol mengakibatkan bekalan berkurangan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas turun padang melakukan pemantauan bersama Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd. Yusof di Pasar Besar Alor Setar, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azman berkata, kementerian menerima 13 aduan pengguna berhubung kenaikan harga baharu minyak masak botol yang sudah diapungkan sejak semalam.


“Aduan ini berkaitan harga minyak masak yang digembar-gemburkan pengguna. Kita maklum kenaikan harga minyak masak ini disebabkan harganya sudah diapungkan sejak 1 Julai. Mulai semalam, syarikat pengeluar menetapkan harga barang itu berdasarkan harga pasaran komoditi itu.

“Namun semalam kita juga mendapati ada juga peniaga menjual pada harga lama lagi dan kita berharap sifat peniaga bertolak ansur seperti ini dapat diteruskan,” katanya.

Kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram sejak semalam namun mengekalkan subsidi minyak masak paket.

Pemansuhan itu mengakibatkan pengguna terkejut ekoran kenaikan harga baharu sehingga RM42.50 sebotol bagi 5 kilogram berbanding RM29.90 sebelum ini.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori