Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Harga RON97 Turun 1...

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 1 sen seliter kepada...

Pemandu Digantung Tugas Benar...

BANGALORE (INDIA) - Seorang pemandu bas yang membiarkan kenderaannya ‘dipandu’ seekor monyet digantung...

PH Sebenarnya Tidak Sedia...

PUSAT Penyelidikan PAS (PPP) menyifatkan Pakatan Harapan (PH) sebenarnya belum bersedia untuk membentuk...

Berat Badan Turun 18kg,...

PETALING JAYA: Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, mendedahkan menghidap penyakit tiroid...

KPT Sedia Bincang Dengan PTPTN Naikkan Pinjaman

TANJUNG MALIM : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersedia untuk berbincang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menaikkan jumlah pinjaman pengajian pelajar berikutan kos sara hidup yang semakin membebankan, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad, berkata kementerian sedang melihat keperluan itu kerana isu kenaikan kos sara hidup bukan dihadapi sebilangan orang sahaja tetapi turut membabitkan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT)

“Kita sedang melihat keperluan itu. KPT sebenarnya sedang melihat secara berperingkat mengenai masalah kos sara hidup yang membebani pelajar termasuklah mengenai perkara itu (penambahan jumlah pinjaman).

“Kita akan berbincang (dengan PTPTN) malah setakat ini kita sedang mendapatkan maklumat daripada pelajar mengenai perkara ini termasuklah mereka yang memainkan peranan dalam kampus,” katanya selepas lawatan di cafe kolej Harun Aminurrasid di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), hari ini.

Yang turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr Norkhalid Salimin.

Mengulas lanjut, Ahmad Masrizal berkata, KPT sentiasa memahami kesukaran pelajar universiti khususnya mereka daripada keluarga B40.


“Setakat Januari hingga April tahun ini, kita sudah menyalurkan bantuan berjumlah RM198.4 juta kepada 362,771 pelajar daripada kalangan B40. Bantuan yang disalurkan adalah pelbagai termasuklah daripada banyak agensi yang turut sama menyumbang. Inisiatif KPT ini juga akan berterusan terutama sekali ketika situasi kenaikan kos hidup ini.

“Saya yakin, sekiranya ada kes mereka yang tidak dibantu, ia mungkin kes terlepas pandang sahaja dan pihak universiti sendiri sebenarnya tiada masalah untuk membantu mereka sekiranya maklumat itu disalurkan dengan segera,” katanya.

Beliau turut menasihati pelajar yang terkesan dengan situasi kenaikan harga makanan supaya tidak malu melaporkan masalah berkenaan kerana perkara yang diutamakan hari ini adalah supaya pengajian mereka tidak terganggu.

“Sekiranya mempunyai sebarang masalah salurkan ke saluran yang tepat untuk mendapatkan penyelesaian secepat mungkin,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori