Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Digesa Siasat Kenyataan...

KUALA LUMPUR : Satu laporan polis dibuat Pemuda Pakatan Harapan membuat berhubung kenyataan...

1MDB: PKR Percaya Media...

IA bukan sahaja lucu tetapi amat sedih buat umat Islam di seluruh dunia...

Nor ‘Phoenix’ Diana Pencetus...

KUALA LUMPUR - Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada...

RMK12 Akan Dibentang Di...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membentangkan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) 2021-2025 di...

Lelaki Maut Ditembak

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai ditembak dalam kejadian di Amarin Kiara dekat sini, tengah malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mangsa berusia 63 tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring berlumuran darah di sebelah keretanya di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, Pusat Kawalan Daerah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields telah menerima makluman awal dari orang awam berhubung satu kes tembakan kira-kira pukul 12.09 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa merupakan warga tempatan dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Sebelum kejadian, mangsa telah mengunjungi rumah rakannya di lokasi kejadian untuk bermain mahjung.

“Selesai bermain, mangsa telah keluar dari rumah rakannya dan bergerak keluar ke keretanya yang diparkir di luar kawasan perumahan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Amihizam, saksi di tempat kejadian mengatakan telah terlihat mangsa melintas di hadapannya untuk ke tempat letak kereta.


Ujarnya, bagaimanapun, tidak lama kemudian, saksi telah terdengar bunyi tiga das tembakan dari arah tempat letak kereta mangsa dan mendapati dia sudah terbaring berlumuran darah.

“Siasatan mendapati mangsa tidak bekerja dan menyara hidup dengan wang hasil perniagaan terdahulu.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Tambahnya, polis kini sedang giat mengesan suspek yang terlibat.

Sekiranya orang awam mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian di atas boleh menghubungi talian Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori