Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Laba Suku-1 AirAsia Turun...

KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd. mencatatkan keuntungan sebelum cukai rendah sebanyak RM31.91 juta...

PM Najib Meriahkan Rumah...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menghadiri majlis...

DAP Berang ADUN PAS...

KUALA LUMPUR - DAP menyelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang daripada...

Pemandu Dan Sembilan Penumpang...

BALING: Tindakan pantas seorang pemandu kereta memaklumkan terdapat percikan api di belakang sebuah...

LHDNM Terus Cakna Bantu Masyarakat

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) baru-baru ini menyampaikan bantuan menerusi program Hasil Kasih Prihatin 2022 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Mabul di Semporna, Sabah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dua unit komputer riba, kipas industri, seunit mesin cetak, projektor, papan tanda baharu nama sekolah dan 10 kotak kertas A4 telah diserahkan untuk pembelajaran di sekolah berkenaan.

Turut disumbangkan oleh LHDNM melibatkan sebanyak 250 unit beg sekolah baharu dan 300 pek makanan untuk dimanfaatkan oleh semua murid dan guru di sekolah tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Mohd Nizom Sairi berkata, program itu membuktikan bahawa peranan dan tanggungjawab LHDNM tidak hanya terhad kepada mentadbir cukai langsung, sebaliknya LHDNM turut berperanan membantu masyarakat.

Program tanggungjawab sosial (CSR) LHDNM itu menumpukan kepada tiga aktiviti utama iaitu CSR Marin yang memberi fokus kepada kelestarian hidupan laut; CSR Komuniti yang menyasarkan kesejahteraan komuniti setempat; dan CSR SK Mabul yang berorientasikan pembangunan pembelajaran murid.

Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN berkenaan bukan bersifat ‘angkat bakul sendiri’, sebaliknya ia memang benar. Mynewshub sebelum ini pernah melaporkan mengenai bantuan LHDNM kepada rakyat semasa pandemik Covid-19.


Pasti semua masih ingat betapa sebilangan rakyat berdepan kesulitan termasuk terputus bekalan makanan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan penularan wabak berbekanaan.

Menyedari penderitaan rakyat, pasukan LHDNM turut bertindak pantas turun padang bagi menghulurkan bantuan berbentuk bakul makanan kepada mereka yang memerlukan.

Setiap set bakul makanan bernilai RM100 mengandungi barang keperluan asas seperti beras, tepung, susu, gula dan minyak masak sangat membantu golongan terjejas ketika itu.

LHDNM ketika itu telah membuktikan dalam ketegasannya melaksanakan amanah kutipan cukai untuk negara, tetap tidak pernah terkurang dalam nilai insaniah.

Justeru, sekali lagi ucapan tahniah kepada LHDNM kerana terus cakna dan prihatin bagi membantu masyarakat dalam apa segmen sekali pun yang memerlukan.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori