Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Korban Covid-19 Seluruh Dunia...

ANKARA - Korban koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia kini melebihi 250,000 pada Isnin,...

3,000 Terima Bantuan UMNO...

ALOR SETAR - Seramai 3,000 orang dari kawasan Parlimen Alor Setar terpilih untuk...

SRC: Najib Tidak Pernah...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa kali menafikan dakwaan bahawa...

Jangan Lari Daripada PTPTN...

KUALA LUMPUR - Para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diingatkan supaya...

Liga Super 2023 Disertai 18 Pasukan, Liga Perdana Dimansuh

PETALING JAYA: Saingan Liga Super musim depan sah akan disertai 18 pasukan dengan Liga Perdana akan dimansuhkan bagi tempoh tertentu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu disahkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hasil persetujuan Rakan Kongsi Liga menerusi Mesyuarat Luar Biasa (EGM) yang berlangsung di sini, hari ini.

Pelaksanaan penstrukturan semula Liga M itu menyaksikan setiap pasukan akan beraksi dalam 34 perlawanan Liga Super bagi musim 2023 berbanding hanya 22 perlawanan sahaja ketika ini, tidak termasuk perlawanan Piala FA dan Piala Malaysia.

Jumlah 34 perlawanan ini ternyata memenuhi saranan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hasil kaji selidik badan induk bola sepak itu yang dikongsikan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini.

Penstrukturan semula Liga Malaysia (Liga M) itu turut menyaksikan Liga Simpanan diperkenalkan yang mana saingan berkenaan khusus untuk pemain bawah 23 tahun.

Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan percaya penstrukturan semula Liga Super itu bukan sahaja meningkatkan aspek kualiti pertandingan yang mana objektif utama adalah untuk merapatkan jurang kumpulan usia, jaminan minit permainan dan dalam masa yang sama mahu mengekalkan standard antarabangsa mengikut perubahan bola sepak moden.


Katanya, ia juga mampu menaikkan nilai komersial Liga M yang kini dinobatkan sebagai liga nombor satu Asia Tenggara.

“MFL sentiasa bergerak untuk memastikan Liga Malaysia berada di dalam peta bola sepak Asia di mana penstrukturan semula Liga Malaysia ini dilihat menjadi satu langkah positif kepada semua pihak yang berada dalam industri bola sepak negara.

“Kita melihat kepada tuntutan AFC yang sentiasa mahu ahli gabungan meningkatkan standard dan kita tidak mahu kelab-kelab Liga Malaysia ketinggalan dalam arus perkembangan bola sepak di rantau ini,” katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata pihaknya berterima kasih kepada FAM, AFC dan FIFA di atas bantuan setiap laporan yang menjadi rujukan kepada MFL dan rakan liga antarabangsa yang membantu MFL sehingga kini.

“Kami memahami bahawa perubahan tidak selalunya mudah tetapi kadangkala ia keperluan tidak boleh diabaikan dan kami berharap semua pihak yang berkepentingan terbuka kepada penstrukturan semula dan menyahut cabaran ini untuk mengembangkan bola sepak Malaysia ke arah tuntutan bola sepak moden,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori