Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

KKM Kaji Kapsul Sari...

BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan kajian untuk menghasilkan kapsul...

1 Mei Masih Lagi...

PUTRAJAYA – Cuti umum bersempena Hari Pekerja pada tahun ini kekal pada 1...

Cabaran Terbesar DCA Tangani...

KUALA LUMPUR - Cabaran terbesar Jabatan Penerbangan Awam (DCA) adalah menangani persepsi dan...

Pak Guard Mogok, Kunci...

BERLAKU sedikit kekecohan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Keat Hwa (S), Kampung Baru,...

Mahkamah: Penganggur Hina Agama Didenda RM10,000

KOTA BHARU – Perbuatan seorang penganggur yang memuat naik video menghina agama Islam di media sosial memakan diri apabila dia didenda RM10,000 dan penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas petuduhan itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Syaidinar Abu Bakar, 36, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara sedar memuat naik rakaman video berdurasi empat minit 13 saat melalui aplikasi Facebook/syaidinar.dina yang jelik sifatnya dengan niat menghina agama Islam.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di sebuah rumah di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong dekat Machang kira-kira pukul 6 petang pada 17 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta yang sama.

Seksyen itu memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM 50,000 atau penjara selama
tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duannya jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan hukuman denda RM10,000 dan penjara enam bulan dengan tambahan hukuman penjara enam bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda tersebut.

Tertuduh tidak membayar denda yang ditetapkan oleh mahkamah.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, polis menahan seorang lelaki selepas disyaki menghina agama Islam dan Nabi Muhammad melalui satu klip video yang dibuat menerusi satu hantaran di akaun Facebook minggu lalu.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori