Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

PAS Enggan Tinggal Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Pimpinan PAS enggan keluar daripada pentadbiran kerajaan Selangor walaupun telah...

Peruntukan RM390 Juta Untuk...

KUALA LUMPUR - Ke arah agenda memperkasa belia, komuniti dan NGO, kerajaan memperuntukkan...

PKR Mahu Teruskan Pakatan...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan terus berpegang kepada pakatan rakyat,...

UMNO Bantah Kenaikan Cukai...

GEORGE TOWN - Umno Pulau Pinang membantah sekeras-kerasnya jika kerajaan negeri Pulau Pinang...

Majlis Ulama Indonesia Isytihar Vaksin CanSino Haram

JAKARTA – Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa haram terhadap vaksin Convidecia Covid-19 yang dikeluarkan oleh pembekal dari China, CanSino Biologics, lapor laman berita Kompas, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Vaksin Convidecia dihasilkan menggunakan anggota tubuh manusia.

“Vaksin Covid-19 keluaran Cansino adalah haram,” jelas fatwa yang dikeluarkan MUI kelmarin.

Pengerusi Suruhanjaya Fatwa MUI, Hasanuddin menjelaskan bahawa vaksin tersebut diharamkan kerana dalam penghasilannya menggunakan bahagian tubuh manusia.

“Dalam proses penghasilannya, ia menggunakan bahagian tubuh manusia (juz’minal insan) iaitu sel-sel yang diperoleh daripada buah pinggang embrio bayi manusia,” katanya.


Selepas fatwa itu dikeluarkan, MUI kemudian mengeluarkan enam syor kepada pemerintah Indonesia.

Pertama, pemerintah perlu mengutamakan penggunaan vaksin halal sebaik mungkin terutama bagi umat Islam dan kedua, pemerintah disarankan untuk mengoptimumkan perolehan vaksin Covid-19 yang disahkan halal.

Ketiga, pemerintah diminta memastikan vaksin Covid-19 yang akan digunakan mempunyai pensijilan halal, manakala yang keempat, pemerintah mesti menjamin dan memastikan keselamatan vaksin yang digunakan.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori