Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Polis Akan Siasat Nazri...

MENTERI Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz bakal berhadapan siasatan di bawah Akta...

“Nazri, Dengar Sini Baik-Baik”...

KUALA LUMPUR - "Dengar sini baik-baik. Najib tidak akan berdiam diri!"Itu penegasan bekas...

Lelaki Cedera Parah, Terjatuh...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga tempatan cedera parah setelah terjatuh dari menara...

COVID-19: 1,722 Kes Baharu,...

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan harian COVID-19 di negara ini meningkat sedikit kepada 1,722...

Mat Kilau Kutip RM47 Juta, Tewaskan Rekod Munafik 2

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof bagai hilang kata-kata apabila karya epik pertamanya mencecah RM47 juta dalam tempoh 11 hari tayangan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Malah, bapa kepada dua cahaya mata itu juga tidak menyangka angka berkenaan hampir mengatasi kutipan filem Munafik 2 sebanyak RM48 juta pada 2018.

“Saya takjub dengan sambutan luar biasa ini. Malah, filem Mat Kilau berjaya mengenepikan filem Hollywood hebat seperti Top Gun Maverick dan Elvis untuk minggu kedua.

“Sokongan diterima ini sesuatu tak dijangka. Malah, melihat angka kutipan meningkat sehari demi hari, ia buat saya jadi lebih terharu.

“Takkan terjadi semua ini tanpa sokongan penonton dari Malaysia, Brunei dan Singapura yang tak putus-putus menyerbu pawagam,” katanya kepada BH Online.

Anak pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam itu juga melihat kejayaan luar biasa itu sebagai suntikan semangat untuk terus berkarya.


“Majulah filem bangsa dan negara. Semoga pengisian dalam filem Mat Kilau akan terus menyuntik semangat istimewa dalam diri kita.

“Sebuah naskhah filem yang ‘baik’ pasti akan diterima masyarakat. Dan, majoriti masyarakat akan menghargainya tanpa perlu dipaksa.

“Kepada yang mengkritik, saya terbuka. Biarkan, kritikan normal dalam pembikinan filem. Kita sebagai pembikin filem kena lebih bijak daripada mereka,” katanya.

Diterbitkan Studio Kembara Sdn Bhd, kos pembikinan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan berdasarkan fakta sejarah ini bernilai RM8 juta.

Naskhah yang sarat dengan elemen cintakan agama, bangsa dan tanah air ini dibintangi pelakon seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Wan Hanafi Su, Johan As’ari, Yayan Ruhian dan ramai lagi.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori