Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

 70K Transgender Usaha Tuntut...

TERDAPAT 70 ribu transgender dengan lebih 70 peratus beragama Islam kini sedang berusaha melalui...

Trump Haram Askar Pondan,...

WASHINGTON DC - Pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump secara mengejut mengharamkan...

Remaja Perempuan Maut Dalam...

KOTA KINABALU - Seorang remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di...

Hati-Hati Dengan Munafik: Aeril...

MENJADI satu trend buat selebriti untuk mempunyai produk mereka sendiri, namun pasukan suami...

Mekanik Kena ‘Belasah’ Memandu Melulu Langgar Motosikal

JOHOR BAHRU – Seorang mekanik berdepan situasi cemas apabila dia dipukul tiga lelaki dalam kejadian pergaduhan di Lebuh Raya Pasir Gudang di sini kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian pada pukul 6.05 petang itu, mekanik yang berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan ringan pada tangan dan muka.

Difahamkan insiden itu berlaku kerana lelaki itu dipercayai memandu kenderaannya secara melulu sehingga berlaku pelanggaran dengan sebuah motosikal.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, pelanggaran itu menyebabkan berlakunya kemalangan dengan penunggang motosikal terjatuh.

“Dalam masa sama, sebuah kenderaan dinaiki tiga lelaki menyaksikan kemalangan tersebut yang berlaku di hadapan mereka.

“Ketiga-tiga lelaki berusia antara 25 hingga 31 tahun itu kemudian bertindak memukul mekanik tersebut menggunakan kaki dan tangan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Tambah Raub, ketiga-tiga lelaki itu dipercayai bertindak sedemikian kerana berang dengan perbuatan mekanik terbabit yang memandu secara melulu dan berbahaya.


“Ketiga-tiga suspek tidak mengenali pemandu kereta dan juga penunggang motosikal yang menjadi mangsa kemalangan.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 33 saat dan 22 saat yang memaparkan kejadian tiga lelaki berkenaan memukul mekanik terbabit.

Sehubungan itu, Raub memaklumkan kemalangan itu disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59) manakala kes pukul di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan meminta agar individu yang terbabit supaya tampil ke IPD berkenaan untuk diambil keterangan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut boleh terus menghubungi talian hotline IPD tersebut 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat Inspektor S Sivakumaran menerusi talian 019-5127410,” jelasnya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori