Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

25 Maut Serangan Pengebom...

KABUL - Sekurang-kurangnya 25 terbunuh manakala 10 lagi cedera dalam serangan pengebom nekad...

Lari Dari Rumah, 10...

BEIJING - Sepuluh tahun selepas melarikan diri dari rumah, seorang wanita berusia 24...

PAU: Medan Serius Bincang...

KOTA BHARU - Perhimpunan Agung UMNO 2016 hujung bulan ini, perlu menjadi medan...

Gempa Tasikmalaya, Penduduk Panik...

JAKARTA - Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter menggegarkan Tasikmalaya, kira-kira 260...

Melaka Catat Pelaburan RM2.6 Bilion Suku Pertama 2022

MELAKA: Melaka mencatat jumlah pelaburan dalam sektor pembuatan sebanyak RM2.6 bilion bagi suku pertama 2022, demikian menurut laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Kanan Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusof berkata, berdasarkan laporan itu Melaka disenaraikan berada di tempat kelima selepas Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Johor sebagai negeri terbaik dalam sektor pembuatan.

Menurutnya, pelaburan terbesar diterima adalah daripada syarikat Infineon Technologies (M) Sdn. Bhd. (Infineon) yang telah bertapak sejak lebih 49 tahun sebagai pengeluar semikonduktor global dari Jerman.

“Pada masa ini, Melaka menjadi kilang terbesar Infineon selain di Kulim, Kedah yang sudah melabur begitu lama dalam sektor pembuatan semikonduktor serta bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Sebagai sebuah kilang terbesar di Melaka, mereka telah menyediakan sebanyak 10,000 peluang pekerjaan kepada penduduk di negeri ini. Sehubungan itu, Infineon telah menyatakan hasrat untuk terus bertapak di negeri ini dan bercadang untuk membuat pelaburan baharu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perasmian Bangunan Baharu Infineon di Zon Perdagangan Bebas Batu Berendam di sini hari ini.


Ab. Rauf menambah, kerajaan negeri turut menyasarkan beberapa kawasan perindustrian baharu akan dibuka tidak lama lagi.

Jelasnya, setakat ini hanya Alor Gajah telah dikenal pasti sebagai kawasan perindustrian baharu melibatkan kawasan seluas 1,618 hektar.

“Kerajaan negeri ketika ini masih menunggu syarikat-syarikat dari luar negara untuk datang melabur hasil daripada pasaran-pasaran antarabangsa yang telah dibuat sebelum ini,” ujarnya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori