Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Wanita Hilang Jari Kaki...

PERTH – Seorang wanita berusia 29 tahun kehilangan kelima-lima jari kaki kanan gara-gara...

Hampir 200 Kilogram Dadah...

TAIPING - Lebih 196 kilogram dadah pelbagai jenis termasuk daun ketum bernilai lebih...

37 Penunggang Motosikal Buat...

KUALA SELANGOR - Polis menahan 37 individu termasuk remaja bawah umur yang menunggang...

Malaysia Yakin Rundingan FTA...

BERLIN (Jerman) - Malaysia yakin rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) Kesatuan Eropah (EU)...

Musim Kemarau Di Asia Tenggara Sudah Bermula

JAKARTA : Musim kemarau bagi wilayah Asia Tenggara, termasuk Singapura, Brunei, Indonesia, Malaysia dan selatan Thailand sudahpun bermula, menurut Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Musim kemarau dikaitkan dengan permulaan Monsun Barat Daya dan berkemungkinan berlanjutan hingga Oktober 2022.

“Fenomena cuaca La Niña di Lautan Pasifik khatulistiwa diramalkan akan terus melemah, dan dijangka kekal tidak berubah sepanjang tahun ini,” menurut ASMC dalam satu kenyataan.

Sementara itu, fenomena iklim La Nina dan fasa negatif Dipole Lautan Hindi (IOD), dijangka membawa hujan lebat ke wilayah ini antara Julai dan Oktober 2022.


Namun, ASMC memberi amaran masih terdapat risiko kebakaran dan jerebu ketika cuaca kering dan panas yang berpanjangan untuk tempoh beberapa bulan akan datang.

Oleh itu, ASMC menggesa rantau ini untuk terus berwaspada dan mengambil langkah pencegahan awal bagi mengurangkan kejadian kebakaran hutan.

ASMC juga menjangkakan keadaan jerebu tahun ini tidak seburuk seperti 2015 dan 2019.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori