Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Aksi Pergaduhan Jentolak Seolah-Olah...

NAMPAK seolah-olah adegan filem sci-fi, namun ia benar-benar terjadi. Kejadian yang berlaku di Hebei sebuah...

Vaksin Denggi: Belum Ada...

KUALA LUMPUR - Masih belum ada keperluan bagi Malaysia mengikut langkah Singapura yang...

Lelaki Tunjuk Kemaluan Ditahan...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki tempatan yang dipercayai berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang...

Kesihatan Ayahanda Baik –...

TEMERLOH - Tahap kesihatan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berada dalam keadaan yang...

Najib Jawab Tuduhan BN Tukar Undi Dengan Mykad Untuk PATI

PENAMPANG : Khamis lalu, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili Maximus mendakwa sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) menyalahgunakan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah untuk kepentingan politik.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam ucapan dasar sempena persidangan perwakilan tahunan PBS kali ke-36 dan 37, beliau juga menuduh parti berkenaan menyalahgunakan kuasa dengan memberikan kad pengenalan kepada PATI untuk memudahkan golongan itu mengundi parti berkenaan pada pilihan raya negeri dan umum.

Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) itu bertegas ia terbukti dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai isu berkenaan di Sabah sebelum ini, sekali gus menyifatkan kerajaan BN telah gagal dalam menangani masalah PATI di Sabah.

Menjawab tuduhan berkenaan, Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak menafikan gabungan empat parti itu terbabit dengan pemberian kad pengenalan kepada PATI sebagai pertukaran undi pilihan raya sebelum ini.

Bekas Perdana Menteri berkata, beliau tidak tahu kenapa Maximus membuat tuduhan sedemikian.

“Kita tidak terbabit dalam pemberian kad pengenalan. Apa-apa yang berlaku pada masa lalu kita mahu perbetulkan. Sebab itu kita letakkan pemimpin PBS untuk selesaikan perkara itu semasa zaman saya (Perdana Menteri).

“Sekarang, penekanan kita mahu mengawal sempadan Sabah, memperkukuhkan keselamatan dan bekerja demi pembangunan Sabah, itulah agenda BN. Saya tidak tahu kenapa dia (Maximus) buat begitu (tuduhan),” katanya pada sidang media sempena Konvensyen BN Sabah 2022 di sini, hari ini.


PBS pernah berada dalam BN sebagai komponen sebelum keluar pada 12 Mei 2018 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang membentuk kerajaan negeri berkenaan ketika ini.

GRS dianggotai lima parti, iaitu BERSATU, PBS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), selain membentuk kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir kerajaan negeri.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata, Konvensyen BN Sabah adalah permulaan baik bagi membolehkan negeri ini menjadi simpanan tetap BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kita harap dapat margin yang baik, hari ini satu permulaan yang baik untuk kempen, tapi saya minta mereka berhati-hati kerana ini bukan segala-galanya. Apa yang lebih kritikal ialah semangat kebersamaan yang harus disemat di peringkat akar umbi, cawangan dan bahagian.

“Hanya dengan itu kita dapat memastikan kemenangan besar untuk BN,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori