Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Drama Nur Sah Disambung...

PENERBIT dan pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohameddin atau Ezad, tidak mahu terlalu memikirkan...

Sistem Insurans Pekerjaan Dijangka...

KUCHING - Sistem Insurans Pekerjaaan (SIP) dijangka dilaksanakan Januari ini sebaik diluluskan Dewan...

Pemimpin DAP Hasut Orang...

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan...

Ideologi LTTE Tetap Wujud,...

KUALA LUMPUR - Kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) yang bertanggungjawab...

Parlimen Sri Lanka Pilih Ranil Wickremesinghe Presiden Baharu

COLOMBO : Ranil Wickremesinghe dipilih sebagai presiden baharu Sri Lanka menggantikan Gotabaya Rajapaksa yang melarikan diri dari negara yang dilanda krisis dan meletak jawatan minggu lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Keputusan rasmi menunjukkan Wickremesinghe yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri memperoleh 134 undi dalam undian Parlimen tiga penjuru.

Lawan utamanya, Dullas Alahapperuma memperoleh 82 undia, manakala Anura Dissanayake yang berhaluan kiri hanya memperoleh tiga undi.

Kemenangan itu memberikan majoriti mutlak pada Wickremesinghe yang sebelum ini memangku jawatan presiden.

“Perpecahan kita kini sudah berakhir. Saya menjemput Alahapperuma untuk menyertai dan bekerjasama untuk membawa negara keluar daripada krisis yang kita sedang hadapi,” katanya ringkas dalam ucapan di Parlimen hari ini.

Beliau turut berharap dapat menjalani upacara mengangkat sumpah semalam dalam satu majlis ringkas di dalam bangunan Parlimen yang dikawal ketat.

Pemilihan pemimpin berusia 73 tahun itu bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan menyebabkan Kabinet semasa Sri Lanka secara automatik terbubar dan beliau akan memilih perdana menteri untuk membentuk Kabinet baharu.


Speaker, Mahinda Abeywardana berkata, perhatian dunia tertumpu kepada badan perundangan Sri Lanka kerana ia memilih pemimpin untuk memenuhi tempoh baki penggal Rajapaksa yang berakhir November 2024.

“Ini adalah sesi bersejarah, bukan saja untuk Parlimen tetapi seluruh negara.

“Mata dunia tertumpu kepada kami hari ini (semalam) susulan pemilihan presiden baharu.” katanya.

Untuk rekod, pada 13 Julai lalu, dinasti Rajapaksa yang mendominasi politik Sri Lanka tumbang selepas ratusan ribu penduduk negara itu melakukan protes jalanan membantah krisis ekonomi terutama kekurangan bahan api dan makanan.

Tunjuk perasaan selama beberapa bulan akibat krisis ekonomi, memaksa Rajapaksa mengumumkan peletakan jawatan minggu lalu di Singapura, beberapa hari selepas pihak tentera menyelamatkannya dari kediamannya.

Sri Lanka bergelut dengan pergolakan yang berlarutan selama berbulan-bulan sebelum ratusan ribu penunjuk perasaan menyerbu bangunan kerajaan di Colombo dengan menyalahkan Rajapaksa, keluarga dan sekutunya atas dakwaan rasuah, masalah inflasi dan krisis kekurangan barangan keperluan asas.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori