Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kebakaran Besar Di Depoh...

MOSCOW: Kebakaran besar berlaku hari ini di depoh bahan api di Sevastopol, pelabuhan...

Ramadan Dan Tarawih Di...

1.8 blilion umat Islam meraikan Ramadan. Meski pun dalam etmosfera berbeza berdasarkan warna...

Masih Belum Jelas Tentang...

Sejak minggu lepas, terdapat banyak spekulasi mengenai pelbagai elemen dalam perniagaan 1MDB. Walaupun...

Shahidan Minta MADA Tetapkan...

KANGAR - Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) diminta menetapkan tempoh tertentu untuk meracun...

PAS Nafi Wujud Perjanjian Jawatan Timbalan Perdana Menteri

PAS mengambil pendekatan berbeza dengan Bersatu bahawa tiada keperluan untuk mengadakan jawatan timbalan perdana menteri seperti yang diinginkan parti rakan gabungan Perikatan Nasional (PN) itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata tiada sebarang perjanjian dibuat berhubung pelantikan jawatan timbalan perdana menteri antara PN dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

“Kita masih lagi berpegang pada (keputusan) awal penubuhan kerajaan bahawa tak ada (jawatan) timbalan perdana menteri.

“Kita masih lagi selesaikan masalah rakyat, kita kekal tidak ada timbalan perdana menteri dan tak ada janji mengenai pelantikan timbalan perdana menteri,” kata Abdul Hadi kepada pemberita di Marang, Terengganu, hari ini.

Bagaimanapun, mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mengakui perbincangan mengenai pelantikan jawatan itu ada dibuat sebelum ini namun ia berakhir tanpa sebarang keputusan.

“Perbincangan ada, tetapi tidak ada keputusan kerana kita masih sibuk dengan urusan-urusan rakyat,” katanya.


Abdul Hadi berkata demikian mengulas dakwaan Bersatu bahawa wujud perjanjian antara parti itu dengan Ismail berhubung jawatan timbalan perdana menteri.

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan sebelum ini mendedahkan terdapat perjanjian bertulis antara Perikatan Nasional (PN) dengan Ismail untuk jawatan TPM.

Wan Saiful mendakwa, perjanjian itu dibuat sebelum Ismail dilantik menjadi perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin yang hilang sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.

Mengakui lantikan TPM sebagai kuasa prerogatif perdana menteri, Wan Saiful berkata Bersatu akan melihat dan menilai sama ada perjanjian itu akan ditunaikan atau tidak.

Wan Saiful enggan mengulas dakwaan Muhyiddin menamakan timbalannya dalam Bersatu Ahmad Faizal Azumu untuk jawatan itu.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori